Sabtu, 16 Jun 2018

Misteri Laluan Keningau-Kimanis Banyak Berlaku Kemalangan Maut


KOTA KINABALU - Kereta bergerak sendiri menaiki bukit, botol minuman bergolek ke atas. Satu ketika dulu, fenomena ini dipercayai ada unsur kuasa mistik yang diyakini penduduk tempatan. Kepercayaan itu ditambah lagi dengan keadaan jalan yang sering mengundang kemalangan maut.

Tidak hairanlah jika penduduk tempatan berasakan kawasan ini sebagai 'keras' dan takut melaluinya ketika malam. Jalan Keningau ke Kimanis jaraknya sekitar 53 kilometer sahaja dan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke simpang Kimanis. Jalanraya ini dahulunya merupakan laluan mengangkut kayu balak oleh syarikat-syarikat pembalakan.

Kini, setelah dinaik taraf jalanraya Keningau-Kimanis merupakan jalan utama dari daerah Keningau ke bandar Kota Kinabalu. Boleh dikatakan jalan raya inilah digunakan oleh pengusaha teksi dan bas dari pekan Keningau Ke Kota Kinabalu saban hari.


Percaya atau tidak terdapat satu bukit di kilometer 11 dinamakan Bukit Ajaib oleh sesetengah pengguna jalanraya. Apabila kereta kita letakkan dalam posisi gear free sepatutnya kereta tersebut meluncur menuruni bukit, tetapi sebaliknya pula berlaku seolah-olah ditarik sesuatu menaiki bukit.

Namun, tidak semua tempat disepanjang lebuhraya ini mempunyai tarikan graviti terbalik, hanya ada beberapa kawasan mempunyai tarikan sebegini. Ada kawasan yang mempunyai tarikan tetapi sangat lemah, dan ada pula kawasan yang mempunyai tarikan yang kuat sehingga mampu menggerakkan sebuah kenderaan.



Secara logik jika benda bulat diletakkan di situ, benda itu akan bergolek ke bawah tetapi sebaliknya terjadi pula. Itulah antara keunikan bukit ajaib yang terdapat di jalan Keningau-Kimanis yang dianggap Mistik oleh sesetengah orang. Fenomena di kawasan lebuhraya yang melalui Banjaran Crocker ini sebenarnya bukanlah mainan kuasa mistik sebalik kerana adanya tarikan graviti. Fenomena sama turut dikesan di beberapa tempat di seluruh dunia.

Seorang pakar Fizik Profesor iaitu Brock Wiess, merupakan individu yang menjalankan kajian terhadap fenomena graviti terbalik ini diseluruh dunia, beliau menyimpulkan melalui kajiannya, fenomena yang berlaku hanyalah disebabkan penipuan mata katanya. Beliau membuat kesimpulan bahawa bukit hanyalah ilusi dan apabila dikaji kawasan itu sebenarnya lebih rendah dalam ketinggian daripada kawasan permulaan.

Katanya, ilusi optik akan menyebabkan pokok dan cerun di sesuatu kawasan itu kelihatan lebih tinggi tetapi hakikatnya ia berada di cerun dan menuruni bukit. Wiess berkata, otak manusia adalah satu perkara yang berkuasa, tetapi ia boleh terpedaya dalam pelbagai cara. Lantaran itu katanya, ramai yang beranggapan graviti terbalik sebagai satu fenomena alam. Ia mungkin berpunca daripada kehadiran batuan magnet, tetapi hakikatnya ini adalah ilusi optik tegasnya. Bagaimana pula pendapatan anda?


EmoticonEmoticon