Memaparkan catatan dengan label Lubang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lubang. Papar semua catatan

Selasa, 8 Jun 2021

Lubang Misteri Muncul Setiap Musim Panas Menyedut Air Tasik Hingga Kering

Lubang Misteri Muncul Setiap Musim Panas Menyedut Air Tasik Hingga Kering


Terdapat sebuah tasik dikenali 'Lost Lake' di Oregon, Amerika Syarikat yang menyimpan misteri tersendiri. Pada musim gugur dan musim sejuk, tasik cetek yang terletak berhampiran jalan raya ini seperti kebanyakan tasik lain yang aman, bersih dan tenang.


Namun, setiap kali tiba musim panas, pengguna jalanraya yang melalui tasik ini tidak akan menemui perairan itu. Sebahagian tasik seluas 0.34 kilometer menghilang dan berubah menjadi padang rumput. Maka tidak hairanlah mengapa tasik ini diberi nama Lost Lake.


Sebuah video merakam momentum yang pelik, ketika air tasik Lost Lake disedut ke dalam lubang dengan diameter kira-kira 2 meter sehingga sebahagian dasar tasik menjadi kering. Penduduk tempatan di Oregon mengatakan, fenomena itu telah berlaku sejak sekian lama.



Ahli geologi menyifatkan fenomena itu adalah disebabkan landskap gunung berapi. Mereka percaya lava yang mengalir berhampiran permukaan tasik mengeras menjadi tiub lava. Bila tiba musim panas lava itu cair menyebabkan air tasik mengalir ke bawah.


McHugh Williamette dari National Forest bekata, pada akhir musim luruh, jumlah air di tasik melebihi kemampuan lubang yang ada di tasik itu untuk mengalirkan air, walaupun tiub lava sudah cair kerana hujan dan salji sering turun.


Apabila musim hujan berakhir, tasik sedalam 2.7 meter kehilangan sumber airnya. Dan air kemudian hilang meresap ke bawah tasik tersebut, kitaran ini berlaku setiap tahun.


McHugh mendakwa, air tasik mungkin meresap ke bawah permukaan tanah yang poros, masuk semula ke akuifer besar, seterusnya air yang sama muncul menjadi mata air.


Penduduk tempatan pernah berhasrat menutup lubang tersebut. Namun, niat itu terpaksa dilupakan ketika diberitahu, ia mungkin boleh menyebabkan penempatan penduduk dan pusat perniagaan berhampiran ditenggelami air.



Kata McHugh, Lost Lake adalah batu gunung berapi yang terbentuk 12,000 tahun yang lalu. Semasa batu muda terbentuk, batu itu dipenuhi dengan gelembung gas yang meninggalkan liang-liang ketika gas menguap ke udara.


Walau bagaimanapun, orang tidak selalu menghargai tiub lava. "Di Lost Lake, beberapa orang memasang lubang saliran dengan tidak sengaja dan juga membuang sampah ke tasik selama bertahun-tahun," kata McHugh.


"Kami tidak mahu mengganggu proses semula jadi, dan kami tidak menggalakkan usaha menutup lubang itu, lebih-lebih lagi, lubang tasik cenderung melimpah dan membanjiri lebuh raya berdekatan," tambah McHugh.


Suasana di Lost Lake pengunjung datang beriadah ketika air memenuhi tasik ini. - Foto MCEDD.

Sebahagian besar air tasik hilang melalui lubang ini setiap musim panas dan kembali pada musim sejuk. - Foto David Patton, Democrat-Herald.

Terry McDermott mengambil gambar di lubang di Lost Lake. - Foto Michael Bendixen.

Brent McGregor mengintip lubang besar kedua di dasar Lost Lake, terungkap pada akhir musim setelah air surut. - Foto Brent McGregor.

Khamis, 3 Jun 2021

Tiba-tiba muncul lubang raksasa 'sinkhole' di Mexico, ia seakan 'hidup' menelan daratan

Tiba-tiba muncul lubang raksasa 'sinkhole' di Mexico, ia seakan 'hidup' menelan daratan


Satu lubang raksasa 'sinkhole' secara tiba-tiba muncul di kawasan luar bandar di Mexico tengah telah mengemparkan penduduk. Lebih merisaukan lubang itu seakan 'hidup' apabila terus membesar menelan daratan sekaligus mengancam kediaman mereka.


Pada hari Sabtu, 29 Mei 2021, keluarga Sanchez mendengar bunyi dentuman kuat yang awalnya mereka anggap sambaran kilat. Namun, mereka segera mengetahui bahawa berlaku tanah runtuh hanya beberapa meter dari rumah mereka yang terletak di sebuah lapangan di Santa Maria Zacatepec, Puebla.


Pada mulanya lubang ini hanya berukuran 5 meter, kemudian membesar selebar kira-kira 30 meter pada 30 Mei 2021. Lubang itu dengan cepat membesar menjadi 60 meter pada hari isnin, 31 Mei 2021, dan pada hari selasa ia terus membesar sekitar hingga 80 meter, kata pihak berkuasa, semalam.


Lubang itu kini menghampiri kediaman keluarga Sanchez, yang bimbang mereka akan kehilangan tempat tinggal. "Kami tidak mempunyai apa-apa, kami bukan dari sini, kami tidak mempunyai saudara-mara, kami bersendirian," kata Heriberto Sanchez, yang berasal dari negara tenggara bahagian Veracruz.



Pihak berkuasa Negeri dan Persekutuan sedang menyiasat punca berlakunya lubang tersebut. Mereka juga mencari jalan penyelesaian untuk melindungi penduduk tempatan. Penduduk bimbang kerana 'lubang raksasa' itu semakin membesar dan mengancam kawasan perumahan mereka.


Gabenor Santa Maria Zacatepec, Miguel Babosa Huerta mengatakan, lubang itu mempunyai kedalaman kira-kira 20 meter. Dia mengatakan bahawa keluarga yang tinggal di dekat lubang itu telah dipindahkan.


Setakat ini, belum ada laporan mengenai penduduk yang cedera. Bagaimanapun Gabenor memberi amaran kepada penduduk setempat agar menjauhkan diri dari lubang tersebut. Sinkhole adalah lubang di tanah yang disebabkan oleh hakisan dan saliran air.


Ukuran diameter sinkhole boleh beralih dari beberapa meter hingga sangat besar, yang mampu merobohkan seluruh bangunan. Fenomena sinkhole adalah fenomena semula jadi, tetapi proses pembentukannya kadang-kadang dikaitkan dengan campur tangan manusia. Sumber: medcom.id



Selasa, 1 Jun 2021

Kisah Disebalik Penggalian Lubang Terdalam Dunia, penyelidik Jumpa 'Pintu Neraka' Penggerudian Dihentikan Serta Merta

Kisah Disebalik Penggalian Lubang Terdalam Dunia, penyelidik Jumpa 'Pintu Neraka' Penggerudian Dihentikan Serta Merta


Sejak zaman dahulu lagi, manusia mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi tentang planet ini. Rasa ingin tahu ini membuat manusia melakukan banyak eksperimen untuk membuktikan teori mengenai bumi dan alam semesta. Sebahagian teori itu terbukti benar, namun ada juga hanya gambaran belaka.


Untuk mengetahui kebenaran teori ini, manusia melakukan perjalanan ke angkasa lepas dan menyelam jauh ke dalam lautan. Namun, semua itu masih tidak memenuhi rasa ingin tahu manusia tentang alam semesta. Mereka mula meneroka apa yang ada di bawah permukaan tanah. Sekitar awal tahun 1970-an, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet memulakan perlumbaan menjelajahi pusat bumi.


Sehinggalah pihak Soviet berjaya menggali lubang sedalam lebih 12 kilometer atau lebih tepat 12,262 meter selepas 24 tahun melakukan penggerudian. Lubang yang diberi nama Kola Superdeep Borehole, kini merupakan lubang terdalam buatan manusia terletak di Rusia, ia lebih dalam daripada titik terdalam di lautan.



Kisah ini bermula pada tahun 1960-an ketika Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet terlibat dalam perang dingin dan bersaing dengan teknologi. Walaupun perlumbaan ke angkasa lepas lebih diserlahkan, kedua-dua negara juga bersaing untuk menggali lubang terdalam di dunia. Di Amerika Syarikat, projek penggerudian sedang dilakukan di pantai Pasifik Mexico dengan nama Project Mohole.


Buat pertama kalinya di dunia, pasukan penyelidik AS berjaya menembusi laut sedalam 3,600 meter dan terus menggerudi hingga 183 meter di bawah dasar laut. Kejayaan ini membuktikan bahawa penggerudian minyak di lautan dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, pembiayaan untuk projek itu dihentikan pada tahun 1966 tanpa alasan yang jelas.


Sementara itu, penyelidik Soviet yang mendengar mengenai Project Mohole di AS tidak mahu ketinggalan zaman. Bermula dari tahun 24 Mei 1970 hingga 1994, mereka melakukan penggerudian di semenanjung Kola, yang terletak di hujung utara Rusia dan membuat lubang terdalam di dunia yang disebut Kola Superdeep Borehole.


Dari lubang itu, para penyelidik juga mempelajari perkara menarik mengenai Bumi seperti tidak adanya peralihan dari granit ke basalt dari tiga hingga enam kilometer di bawah permukaan bumi. Sebelumnya, saintis geologi yang menggunakan gelombang seismik untuk menganalisis kerak bumi mengesyaki jenis batu baru pada kedalaman itu.


Walau bagaimanapun, penyelidik projek Kola hanya menemui lebih banyak granit pada kedalaman tiga hingga enam kilometer. Nampaknya, perubahan yang dikesan sebelumnya bukanlah perubahan pada jenis batuan, tetapi perubahan susunan kimia dan mineral dalam granit.



Lebih mengejutkan, para penyelidik juga menemui air di Kola Superdeep Borehole. Tidak seperti air bawah tanah, air ini berasal dari atom hidrogen dan oksigen yang dilepaskan oleh granit di bawah tekanan yang luar biasa.

Bryan Nelson dari Mother Nature Network 31 Mei 2014 melaporkan, penemuan projek yang paling luar biasa adalah fosil plankton mikrokopik berusia 2 bilion tahun di batu yang terletak enam kilometer di bawah tanah, dan mikro fosil berasal dari 24 spesies yang terbungkus dalam sebatian organik dan dapat menahan tekanan dan suhu yang melampau di bawah tanah.

Selepas penghentian penggerudian pada kedalaman 12.262 meter pada tahun 1994 banyak kabar angin mula tersebar, kononnya ada jeritan-jeritan aneh yang didengari oleh pekerja. Mereka percaya bahawa suara itu adalah jeritan manusia yang diseksa di neraka, namun, berita ini tidak benar.

Namun, misteri terakhir yang ditemui oleh penyelidik Kola Superdeep Borehole yang menyebabkan projek itu dihentikan adalah, perubahan suhu tiba-tiba meningkat pada titik terdalam tersebut, suhu mencapai 180 Celsius. Suhu melebihi anggaran penyelidik dan merosakkan mesin penggerudian.

Besi yang digunakan menutup lubang paling dalam di dunia yang pernah digali oleh manusia.

Alat digunakan dalam projek penggerudian Kola Superdeep Borehole.

Gambar dalam lubang Kola Superdeep Borehole sebelum ditutup.

Ahad, 30 Mei 2021

Beberapa Lubang Misteri Tiba-Tiba Muncul Di Siberia, Saintis Mula Risau

Beberapa Lubang Misteri Tiba-Tiba Muncul Di Siberia, Saintis Mula Risau


Di sebuah semenanjung terpencil di atas lingkaran Arktik, sebuah lubang besar terbentuk disyaki disebabkan oleh letupan dari bawah tanah. Di sekitar lubang itu, akar-akar tanaman yang tumbuh mengelilingi telah hangus, menunjukkan betapa hebatnya lubang di tengah-tengah Arktik Siberia ini terbentuk.


Menurut BBC Future, Evgeny Chuvilin seorang ahli geologi Institut Sains dan Teknologi Skolkovo, Moscow, Rusia mengunjungi lokasi lubang itu pada September 2020 tahun lalu untuk melakukan penelitian.


Katanya, dia percaya lubang itu terbentuk dari letupan gas metana dan karbon dioksida yang terperangkap di dalam tanah bersama ais. Apabila cuaca semakin panas ais tersebut akan cair menyebabkan berlaku fenomena lebih biasa seperti berlakunya letupan.


Penemuan ini adalah salah satu daripada beberapa lubang misteri yang terdapat di Kutub Utara Siberia, yang pertama kali ditemui pada tahun 2014. Para penyelidik telah mengenal pasti 15 kawah lain yang dianggap berasal dari letupan semula jadi.


Susulan itu, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Minyak dan Gas Rusia, Vasily Bogoyavlensky, mengatakan bahawa sekurang-kurangnya tujuh lubang misteri dilihat. Foto satelit mendedahkan bahawa salah satu lubang itu mempunyai kawah kecil di dalamnya.



"Saya membandingkan penemuan ini seperti cendawan. Apabila anda menjumpai satu cendawan, pastikan terdapat cendawan lain di sekitarnya. Saya meramalkan akan ada 20 hingga 30 lubang lagi," kata Vasily.

Vasily mendesak para penyelidik untuk mencegah bencana yang berkaitan dengan penemuan lubang itu. Dia mengatakan, bencana itu boleh memberi kesan negatif terhadap infrastruktur minyak di wilayah ini. Dia mengatakan bahawa pelepasan gas yang berkaitan dengan perubahan iklim adalah penyebab lubung itu terbentuk.

"Kajian mendalam diperlukan untuk mengetahui penyebab kemunculan lubang misteri itu. Kita juga harus tahu adakah lubang lain akan muncul lagi di kawasan itu," ujarnya.



Sabtu, 29 Mei 2021

Misteri objek aneh jatuh dari langit meletup di Siberia menyebabkan Bumi bergoncang

Misteri objek aneh jatuh dari langit meletup di Siberia menyebabkan Bumi bergoncang


Pada 30 Jun 1908, sekitar jam 7 pagi, satu objek misteri jatuh dari langit dan menghempap satu kawasan di Siberia. Letupan dahsyat di Tunguska itu dikatakan kedengaran sejauh 800 kilometer dari lokasi dan menyebabkan kira-kira 80 juta pokok musnah.


Kesan hentaman itu menimbulkan satu letupan yang teramat dahsyat dalam sejarah dunia, dan bom atom belum dicipta ketika objek berkenaan menghempap Bumi. Objek misteri itu pada mulanya dikesan muncul dari atmosfera di barat China dan menuju ke utara melewati kawasan tengah Russia bersama bunyi berdesing yang teramat kuat.


Seterusnya pada jam 7.17 pagi, berdekatan Sungai Stony Tunguska, satu letupan teramat kuat meletus sehinggakan alat seismograf yang terletak di Irkutsk iaitu hampir 900 kilometer dari lokasi letupan mencatatkan bacaan gempa bumi. Gegaran turut direkodkan sehingga ke Washington, Amerika Syarikat.


Nasib baik, kawasan di mana letupan besar ini berlaku tidak didiami oleh banyak orang. Walaupun seorang penggembala rusa dilaporkan meninggal dunia setelah dia melambung ke pokok akibat letupan itu, yang turut menyebabkan ratusan rusa hangus. Namun, tiada laporan rasmi mengenai bilangan nyawa manusia yang terkorban.


Di pekan Vanavara yang terletak sekitar 60 kilometer dari lokasi letupan, penduduknya melambung ke udara manakala bumbung rumah runtuh dan cermin tingkap berkecai akibat gegaran itu. Penduduk yang berada berdekatan lokasi letupan pula pekak dipalu bunyi guruh yang boleh didengari sejauh hampir 800 kilometer.


Seorang saksi mengatakan bahawa langit seakan terbelah dua, seluruh bahagian utara langitnya juga diliputi api. Selepas gegaran itu berakhir, kawasan sekitar Tunguska dihujani 'hujan hitam' hasil kotoran dan serpihan yang bertebaran akibat letupan itu. Walaupun kejadian itu amat menggemparkan, tiada siapa di kalangan saintis yang tampil mengkaji fenomena berkenaan.


Sehinggalah 13 tahun kemudian pada tahun 1921, seorang saintis Russia, Leonid Kulik, terbaca mengenai letupan aneh di Tunguska itu dalam akhbar lama. Tertarik dengan enigma yang menyelubungi letupan itu menyebabkan dia berusaha menjejaki lokasi hentaman objek misteri berkenaan.


Saintis Russia, Leonid Kulik (kiri). Keadaan hutan selepas letupan dahsyat di Tunguska pada 30 Jun 1908 (kanan).

Akhirnya selepas enam tahun mencari, pada 13 April 1927, Kulik berdiri di tebing Sungai Makirta dan melihat sendiri betapa luasnya kawasan yang musnah dihentam objek yang dipercayainya sebagai batu meteorit itu. Peliknya tiada kesan yang jelas adanya kawah besar terbentuk akibat letupan itu.


Di hadapannya, tanah seluas kira-kira 70 kilometer mendap menjadi bujur dan banyak kesan pohon hutan lama yang tercabut dan terbakar. Dia turun ke kawasan mendap itu dengan harapan dapat mencari kawah akibat hentaman selain batu meteorit itu sendiri.


Bagaimanapun, selepas lama mencari, dia tidak menemui apa yang diharapkan sebaliknya menjumpai kawasan hutan aneh di mana pohonnya berdiri tegak umpama tiang telefon tanpa dahan. Dia mencari lagi tetapi batu meteorit itu gagal ditemuinya di mana-mana.


Kepulangan Kulik bersama laporan mengejutkan itu seterusnya menimbulkan pelbagai persoalan membingungkan di kalangan saintis mengenai punca letupan dahsyat itu.


Puluhan tahun kemudian, saintis Russia, Aleksander Kazansev mengemukakan bahawa letupan itu mungkin sama kuatnya dengan letupan bom atom kerana ia menunjukkan ciri-ciri sama seperti letupan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 1945.


Antaranya pokok tanpa dahan dan berdiri tegak seperti tiang telefon turut ditemui di Hiroshima selepas di bom Amerika Syarikat. Awan berbentuk cendawan dan hujan hitam selain gegaran seumpama gempa bumi yang berlaku di Tunguska turut berlaku di Hiroshima ketika itu.


Akan tetapi, persoalan membingungkan adalah bom atom masih belum dicipta ketika itu, justeru apakah objek yang mampu menghasilkan letupan yang dahsyat di Tunguska itu? Tanpa sebarang penemuan, hanya pelbagai teori yang dikemukakan, antaranya ia mungkin komet yang berasal daripada gas berkecai di udara dan bukannya batu meteorit.


Teori lain adalah ia mungkin meteor anti jirim memasuki 'black hole' mini yang melalui Bumi. Ada juga yang mengatakan berkemungkinan kapal angkasa makhluk asing yang terhempas di Bumi. Bagaimanapun semua itu hanya teori tanpa bukti, objek misteri yang menyebabkan kesan letupan aneh di Siberia itu kekal misteri hingga kini.


Tanah seluas kira-kira 70 kilometer mendap menjadi bujur dan banyak kesan pohon hutan lama yang tercabut dan terbakar. Kini, kawasan letupan tersebut sudah ditumbuhi pokok.

Ahad, 2 Mei 2021

Kereta kebal tertanam bawah tanah selama 74 tahun berjaya dikeluarkan

Kereta kebal tertanam bawah tanah selama 74 tahun berjaya dikeluarkan


Sesuatu yang dianggap canggih pada zaman dahulu tidak semestinya dianggap canggih pada zaman sekarang. Sesuatu yang dianggap canggih pada zaman sekarang tidak semestinya dianggap canggih pada masa hadapan. 


Inilah yang dikatakan perubahan. Bak kata pepatah, 'Kalau sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi'. Bagaimanapun, ia menyimpan nilai sentimental tersendiri yang ada pada setiap barangan lama atau antik.


Nilai-nilai sejarah, termasuk yang berkaitan dengan peristiwa sejarah dalam kehidupan masyarakat, perkembangan masyarakat dan negara, sejarah sains, seni dan teknologi, serta yang berkaitan dengan kehidupan.


Terbaru, sebuah kereta kebal era Perang Dunia Kedua yang tertanam pada kedalaman 9.1 meter dalam tanah di Cambridgeshire Fens, London berjaya dibawa keluar oleh sekumpulan sukarelawan selepas lima hari proses penggalian bermula.


Menurut lapor Daily Mail pada 29 April 2021, kereta kebal Buffalo LVT-4 sepanjang 7.9 meter itu merupakan satu daripada 16 aset tentera yang digunakan untuk menahan banjir di perkampungan Crowland pada 1947.



Kereta kebal seberat 20 tan itu dipercayai sudah tertanam selama 74 tahun, namun keadaannya masih baik ketika ditemukan.


Pengerusi Crowland Buffalo LVT, Daniel Abbott berkata, pasukannya melakukan penggalian menggunakan jentera berat dan ada kalanya terpaksa menggunakan tangan bagi mengeluarkan kereta kebal tersebut.


"Kami menghabiskan masa selama lima hari untuk menemukan kereta kebal itu dan berasa sangat gembira selepas ia berjaya dibawa keluar. Kami berharap kereta kebal itu boleh dijadikan muzium untuk tatapan semua generasi," katanya.


Banjir yang berlaku di Crowland menyebabkan kira-kira 12,140 hektar tanah terjejas termasuk pertanian. - Sumber Daily Mail.




Selasa, 16 Mac 2021

Laluan purba sejauh 1,600 km dari Iraq ke Makkah ditemui

Laluan purba sejauh 1,600 km dari Iraq ke Makkah ditemui


Jika berkunjung ke Arab Saudi, destinasi lazim dituju adalah kota Madinah dan Makkah bagi mengerjakan ibadah haji atau umrah. Pada masa sama, Arab Saudi menggalakkan pelancong meneroka pelbagai tempat menarik selain menyelami sejarah, keunikan seni dan budaya negara terbabit.


Arab Saudi yang terkenal dengan banyak peninggalan peradaban purba yang masih banyak belum ditemui. Kumpulan arkeologi Arab Saudi baru-baru ini telah menemukan satu lagi peninggalan sejarah iaitu tapak laluan purba yang menghubungkan Kufa di Iraq ke Makkah sejauh 1,600 kilometer.


Lapor Arab News, Penemuan laluan yang dinamakan Laluan Zubaida itu secara tidak langsung menunjukkan bagaimana agama Islam berkembang di tanah Arab.


Beberapa siri projek penggalian dilakukan di tapak tersebut, terutamanya di wilayah Hail dan pasukan arkeologi dijangka menemukan lebih banyak laluan yang pernah digunakan oleh ribuan jemaah untuk menunaikan haji setiap tahun sebelum ini.


Projek itu adalah kerjasama antara Kementerian Pelancongan Arab Saudi dengan pakar arkeologi dari Universiti Hail berserta beberapa pakar luar negara. Reaktor universiti tersebut, Dr. Khalil al-Ibrahim berkata, masih banyak bandar dan tapak sejarah di sepanjang Laluan Zubaida belum diterokai.


"Pelbagai tapak arkeologi termasuk bandar purba yang dipercayai berusia 10,000 tahun lalu ditemukan di sepanjang laluan tersebut dan penemuan itu memberi peluang kepada kami untuk menerokai lebih luas," katanya.


Antara tapak purba yang ditemukan oleh pasukan arkeologi di Hail, Arab Saudi.

Antara tapak purba yang ditemukan oleh pasukan arkeologi di Hail, Arab Saudi.