Penduduk sebuah kampung di negeri Uttar Pradesh, India dilanda ketakutan pada malam Ahad (1 Jun) selepas melihat lebih 50 ekor ular muncul di rumah seorang petani, lapor laman berita MS News pada 4 Jun 2025.
Dalam kejadian itu, pemilik rumah bernama Mahfooz Saifi sedang bersiap sedia untuk tidur apabila dia melihat seekor ular sepanjang 45 sentimeter di pekarangan rumahnya.
Selepas membunuh reptilia itu, dia terkejut apabila melihat beberapa ekor ular lain muncul dari bawah tanjakan berhampiran pintu depan.
Berita mengenai ular-ular itu tersebar dengan pantas, membuatkan ramai penduduk kampung bergegas ke rumah Mahfooz.
Mereka membantu lelaki tersebut dan keluarganya membunuh sebanyak 52 ekor ular sebelum menanam haiwan-haiwan itu di dalam lubang.
Pegawai Hutan Bahagian (DFO), Rajesh Kumar yang kemudian pergi membuat pemeriksaan berkata, reptilia itu berkemungkinan daripada spesies tidak berbisa yang biasa ditemui di dalam longkang.
Pakar ular, Aditya Tiwari mengenal pasti reptilia itu sebagai ular air keelback berkotak-kotak, spesies yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar India. - Sumber MS News.
EmoticonEmoticon