Selasa, 4 Mei 2021

Lelaki ditahan, walaupun guna cara paling 'rare' seludup 35 burung pipit disembunyikan dalam seluar dan baju


Seorang lelaki ditahan di sebuah lapangan terbang selepas didapati menyeludup 35 ekor burung Finch atau pipit, dengan menyembunyikannya di dalam bajunya dan menaiki penerbangan dari Guyana, Afrika ke New York.


Apa yang menarik, dia menggunakan penggulung rambut dan mengikatnya di sekeliling pergelangan kaki dan bajunya. Kevin Andre McKenzie, 36, memberitahu polis bahawa dia ditawarkan wang sebanyak AS$3,000 (RM12,308) untuk menyeludup burung pipit itu ke New York.


Difahamkan burung pipit dari Guyana ini sangat dicari untuk pertandingan nyanyian burung di Amerika Syarikat (AS). Burung yang mempunyai suara merdu boleh dijual dengan harga sehingga AS$10,000 (RM41,000).


Menurut pihak berkuasa, McKenzie ditahan bersama burung pipit disembunyikan di dalam alat kerinting rambut di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy ketika pemeriksaan rawak oleh kastam pada Isnin lalu.



McKenzie didakwa atas kesalahan import hidupan liar secara haram dan dibebaskan dengan bon sejumlah AS$25,000 (RM102,568). Sekiranya didapati bersalah, McKenzie boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.


Pada bulan Mac lalu, pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan AS menemui 29 ekor burung yang disembunyikan dalam penggulung rambut dalam bagasi milik seorang lelaki, juga melakukan perjalanan dari Guyana.


Bagaimanapun lelaki berusia 26 tahun itu tidak didakwa hanya didenda AS$300 (RM1,230). Peraturan mewajibkan burung yang diimport harus di kuarantin selama 30 hari agar tidak menyebarkan penyakit yang dibawa oleh burung asing tersebut. Sumber: Harian MetroMirror


Burung yang disorok menggunakan penggulung rambut dan diikat di sekeliling pergelangan kaki dan baju.


EmoticonEmoticon