Memaparkan catatan dengan label Harta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harta. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Januari 2021

Jutawan segera, niat pancing ikan, yang tersangkut muntah ikan paus bernilai kira-kira RM1 juta

Jutawan segera, niat pancing ikan, yang tersangkut muntah ikan paus bernilai kira-kira RM1 juta

Ambergis yang tersangkut pada kail Mahapan.


Bukan mudah untuk jadi seorang bergelar jutawan, ada yang berkerja seumur hidup namun kehidupan hanya cukup-cukup makan sahaja. Namun, lain pun kisah seorang nelayan di Thailand ini apabila mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka pada awal tahun 2021.


Yang dipancing ikan, yang tersangkut Ambergis. Begitu nasib seorang pemancing di Songkhla yang mendapat durian runtuh apabila Ambergis seberat tujuh kilogram tersangkut pada pancingnya. Chalermchai Mahapan, hanya memancing ikan laut di Pantai Samila, minggu lalu namun tidak menyangka mendapat sesuatu yang boleh menjadikannya seorang jutawan segera.


Ambergis atau muntah ikan paus yang diperolehnya itu dianggarkan bernilai antara RM950,000 hingga RM1.1 juta. Ia adalah bahan berlilin yang terdapat dalam usus sesetengah ikan paus sperma. Apabila dikeringkan, ia akan menghasilkan bau yang kuat dan digunakan dalam minyak wangi yang mahal.


Selain itu, ia mempunyai nilai yang tinggi di pasaran kerana baunya yang tahan lebih lama. Pada awalnya, Mahapan menyangka kailnya tersangkut batu namun bila dilihat secara dekat, dia menyedari ia adalah sesuatu yang berharga.


"Saya memang tidak tahu apa-apa dan bertanya kepada orang lama di sini dan mereka memaklumkan kepada saya itu adalah muntah ikan. Gumpalan itu kemudiannya dihantar ke makmal dan disahkan sebagai muntah ikan," katanya.


Muntah ikan paus gred A bernilai RM13.4 juta ditemui di Thailand


Narit Suwannasang, 60, menunjukkan sebahagian gumpalan Ambergis yang ditemui terdampar di pantai dekat rumahnya di Daerah Nakhon Si Thammarat, Thailand selatan, Thailand (1/12/2020).


Pada 1 Disember 2020 lalu seorang nelayan, Narit Suwannasang, 60, di Daerah Nakhon Si Thammarat, Thailand selatan, juga menemukan gumpalan muntah ikan paus berkualiti tinggi. Batu sisa buangan ikan paus itu dianggarkan mencecah 100 juta bath (RM13.4 juta).


Narit Suwansang menemui batu yang lebih dikenali sebagai ambergris itu ketika berjalan di sepanjang pantai Laem Talumphuk. Di situlah dia menemui batu besar dan serpihan kecil berwarna kekuningan sebelum pulang ke rumah memanggil keluarganya kerana tidak dapat mengangkat batu itu sendirian.


Selepas membuat beberapa eksperimen dengan kaedah pembakaran dia mengetahui batu berkenaan adalah ambergris yang bernilai tinggi selepas mengeluarkan bau aneh. Dengan berat 100 kilogram, ia dipercayai ambergris paling berat dalam sejarah sekali gus bakal menjadikan nelayan itu seorang jutawan.


Ambergris lazimnya didapati dalam usus ikan paus terbentuk akibat tindak balas ketika proses penghadaman mamalia itu dikatakan sangat berharga dalam pembuatan industri minyak wangi dan kosmetik dunia.


Nelayan itu berkata, seorang ahli perniagaan Phuket berminat membeli batu itu dengan menawarkannya nilai 960,000 bath (RM128,974) untuk sekilogram, jika benar terbukti batu itu daripada muntah ikan paus gred A.

Ahad, 22 November 2020

Jangan putar belit, Jutawan tahi bintang tidak mahu ditemuramah

Jangan putar belit, Jutawan tahi bintang tidak mahu ditemuramah


JAKARTA - Kisah seorang lelaki dikatakan menjadi jutawan segera semakin mengelirukan, berikut laporan portal berita antarabangsa yang kurang jelas. Josua, 34, sebelum ini didakwa menjadi jutawan segera selepas meteorit jatuh di atap rumahnya, di Sumatera Utara.


Jared Collins, warga Amerika Syarikat (AS) yang menetap di Bali itu juga menafikan sama sekali laporan media antarabangsa bahawa tahi bintang (Meteor) itu bernilai 25 bilion rupiah (RM7.2 juta).


Menurutnya, dia (Jared Collins) hanya orang tengah yang menjadi pengantara urusan jual beli tahi bintang itu, lelaki Indonesia berkenaan tidak menerima wang sebanyak 200 juta rupiah (RM57,863.80) darinya sebagai balasan menjual objek terbabit, tetapi Josua berurusan dengan pembeli di AS.


Menjelaskan perkara itu, Collins berkata, dia hanya ditugaskan meneliti keaslian meteor yang ditemui Josua, serta melindungi batu itu daripada sebarang kerosakan sebelum menyerahkannya kepada pembeli di AS.


"Nilai transaksi dipersetujui Josua dan pembeli di AS itu dibuat menerusi komunikasi langsung oleh kedua-dua belah pihak tanpa membabitkan diri saya.


"Tetapi jumlah yang diterima bukanlah 200 juta rupiah atau harga yang diuar-uarkan di media iaitu berjumlah 25 bilion rupiah (RM7.2 juta).


"Ketika ini, tidak ada meteor dengan nilai seperti itu dan tentunya tidak ada peminat objek berkenaan yang akan membayar dengan harga sebanyak itu," katanya seperti dilaporkan BBC.


Sementara itu, Chairani yang menjadi jurucakap mewakili Josua berkata, harga disebutkan itu cuma anggaran yang disimpulkan selepas mengira nilai bagi satu gram meteor.


"Harga yang diterima Josua adalah sebahagian daripada perjanjian dengan pembeli di AS.


"Collins (orang AS di Bali) bukanlah pembeli, sebaliknya hanya orang tengah yang membuat penilaian meteorit itu sebelum menyerahkannya kepada pembeli sebenar.


"Dia (Josua) tidak mahu menerima temuramah lagi kerana bimbang cerita sebenar diputar belitkan," katanya seperti dipetik South China Morning Post.


Sebelum ini, kisah Josua, pembuat keranda di Sumatera Utara itu mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila mendakwa menerima 200 juta rupiah selepas menjual batu meteorit yang menimpa atap rumahnya kepada Collins.


Baca juga: Tukang keranda rugi RM7.5 juta, Kesal jual meteorit pada harga terlalu murah

Jumaat, 20 November 2020

Tukang Keranda Rugi RM7.5 juta, Kesal Jual Meteorit Pada Harga Terlalu Murah

Tukang Keranda Rugi RM7.5 juta, Kesal Jual Meteorit Pada Harga Terlalu Murah


Seorang tukang keranda dari Sumatera Utara, Indonesia, tidak mengetahui nilai sebenar batu angkasa yang jatuh di atas bumbung rumahnya Ogos lalu. Dia menzahirkan rasa kecewa selepas menjual batu dipercayai bongkah meteorit bernilai jutaan dolar pada harga Rp200 juta (kira-kira RM57,660).


Sebelum ini, Josua Hutagalung, 34, tular menjadi 'jutawan segera' selepas menjual batu meteorit berkenaan. Kenyataan itu dipetik susulan banyak media antarabangsa melaporkan, bahawa batu angkasa itu dijual kira-kira AS$1.85 juta di AS. Namun, harga yang diterima Josua bukan seperti yang disangka ramai pihak.


"Saya berasa tertipu selepas menjual batu itu kepada pakar meteor Jared Collins dari Amerika Syarikat pada harga yang jauh lebih murah berbanding nilai sebenar mencecah AS$1.85 juta (RM7.56 juta) yang kini tular di media.


"Sekiranya itu benar, saya telah ditipu dan saya kecewa," ujarnya selepas mengetahui harga sebenar batu itu.


"Rp200 juta hasil daripada menjual batu itu, saya guna untuk menolong keluarga, anak yatim, membina gereja dan membaiki kubur ibu bapa saya," katanya yang dipetik menerusi laporan The Jakarta Post.


Dalam kejadian pada 1 Ogos lalu, sebuah bongkah batu jatuh menembusi bumbung beranda rumah ketika leka Josua sedang menyiapkan keranda ditempah pelanggan. Batu meteorit itu dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun dan diklasifikasikan sebagai CM1/2 karbonat Chondrite, jenis yang sangat jarang berlaku.


Dalam pada itu, katanya, beliau hanya menjual 1.8 kilogram daripada keseluruhan 2.2 kg batu berkenaan, lebihan batu itu diberikan kepada ahli keluarga sebagai kenangan.


"Saya tidak akan menjual lebihan batu ini meskipun ditawarkan pada harga yang mahal," tegasnya.


Untuk rekod, tiga serpihan meteorit yang lain dilaporkan dijumpai di kawasan berdekatan ketika batu angkasa itu jatuh pada bulan Ogos lalu, namun satu ditemui di sawah kurang dari 3 kilometer dari rumah Joshua.


Berita Berkaitan

Rabu, 18 November 2020

Jadi jutawan segera, batu dari langit jatuh atas bumbung dijual RM7.6 juta

Jadi jutawan segera, batu dari langit jatuh atas bumbung dijual RM7.6 juta


MEDAN - Josua Hutagalung, 34, seorang pembuat keranda di Indonesia menjadi jutawan segera selepas batu angkasa jatuh di atas bumbung rumahnya. Ketika kejadian, dia berada di dalam rumahnya apabila meteorit seberat 2.2 kilogram itu terhempas ke bumbung bahagian beranda kediamannya di Kolang, Sumatera Utara.


"Saya sedang membuat keranda apabila terdengar dentuman yang kuat hingga menyebabkan rumah saya bergegar.


"Batu itu terlalu panas untuk dipegang, isteri saya menggunakan cangkul dan membawanya masuk ke dalam rumah," ujarnya.


Menurut laporan beberapa media, Josua telah menjual batu itu kepada seorang pengumpul setelah ditawarkan wang berjumlah 1.4 juta pound (kira-kira RM7.6 juta). Setelah diperiksa oleh pakar tersebut, batu itu dipercayai berusia 4.5 bilion tahun dan merupakan salah satu meteorit yang terhebat pernah ditemukan.


Sementara itu, pakar batu angkasa, Jared Collins merupakan pemilik baru batu tersebut selepas membelinya dari Josua, memberitahu, dia mendapat tawaran yang tinggi untuk membeli batu angkasa itu.


"Telefon saya dihujani pelbagai tawaran untuk membeli meteorit tersebut.


"Biarpun kita berada di dalam pandemik Covid-19, saya terdorong datang untuk membeli batu tersebut, untuk bekerjasama dengan saintis dan pengumpul di AS.


"Saya juga membawa sejumlah wang dan mencari Josua untuk mengadakan sesi tawar-menawar," katanya.


Collins kemudiannya menghantar meteor tersebut ke Amerika Syarikat dan ia dibeli oleh seorang pengumpul, kini disimpan di Pusat untuk Penyelidikan meteorit di Arizona State University.


Batu angkasa itu diklasifikasikan sebagai CM1/2 carbonaceous Chondrite, jenis yang sangat jarang ditemui dan dipercayai mengandungi asid amino unik dan unsur primordial lain. Difahamkan, serpihan meteorit itu turut dibeli pengumpul kedua dan kini dijual di laman eBay.


Berita Berkaitan

Jumaat, 18 September 2020

Jutawan sekelip mata selepas jumpa batu permata terbesar dijual RM14.1 juta

Jutawan sekelip mata selepas jumpa batu permata terbesar dijual RM14.1 juta


Hidup seorang pelombong kecil-kecilan di Tanzania, Afrika Timur, berubah sekelip mata kini bergelar jutawan selepas menemui dua biji batu permata tanzanite terbesar yang paling 'rare' di negara itu dan menjualnya kepada kerajaan.


Saniniu Kuryan Laizer, 52, menjumpai batu berkenaan, masing-masing seberat 9.27 kilogram (kg) dan 5.1 kg di utara Bukit Mirerani, pada pertengahan June 2020 lalu, sebuah kawasan yang dipagar oleh Presiden John Magufuli pada 2018 bagi menghentikan penyeludupan permata.


Beliau menjual batu berwarna ungu kebiruan itu kepada kerajaan pada harga $3.3 juta atau 7.7 bilion shilling Tanzania (RM14.1 juta). Walaupun harganya lebih rendah daripada berlian kerana tidak memiliki kegunaan industri, kepelbagaian batu mineral blue zoisite itu dilihat berpotensi menyumbang kepada ekonomi Tanzania.




Menurut BBC, batu permata Tanzanite itu merupakan yang terbesar pernah ditemui di negara itu. Tanzanite dianggap sebagai salah satu batu permata yng paling berharga di dunia, tanzanite biasanya dijual pada harga US$300 hingga US$600 satu karat.


Tanzanite pertama kali ditemui di kaki bukit Kalimanjaro pada 1967 serta wilayah utara Tanzania, Manyara, dan dipercayai tidak wujud di mana-mana tempat lain di dunia, sekali gus menjadi dambaan untuk dijadikan perhiasan. Dalam satu majlis meraikan penemuan itu di Manyara, Menteri Perlombangan, Dotto Biteko, berkata ia batu paling besar pernah ditemui di negara itu.


"Laizer kini seorang jutawan dan kita akan pastikan beliau selamat. Kita sekarang ini beralih dari keadaan di mana pelombong kecil yang sebelum ini menyeludup tanzanite, kini mengikuti prosedur dan membayar cukai kerajaan serta royalti," katanya.


Menurut Laizer, beliau akan memanfaatkan wang yang diperoleh bagi membangunkan masyarakat setempat. Dia bercadang untuk membina sebuah pusat membeli-belah di Arusha dan sebuah sekolah berdekatan rumahnya.


"Saya berterima kasih kepada tuhan atas apa yang saya kecapi kerana ini kali pertama mendapat saiz sebegini besar. Apabila menjumpainya, saya memaklumkan kepada pegawai kerajaan yang menilai batu berkenaan dan hari ini mereka panggil saya untuk bayaran," katanya.


Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter kerajaan, batu berkenaan akan diletakkan di muzium negara itu. - AFP


Sabtu, 9 November 2019

Niat hanya cari cincin kahwin 'rakan' tapi jumpa harta karun bernilai ratusan ribu ringgit

Niat hanya cari cincin kahwin 'rakan' tapi jumpa harta karun bernilai ratusan ribu ringgit


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa yang sesuai pada dua sahabat penjejak logam ini. Pada mulanya meraka hanya membantu rakan mencari cincin perkahwinan yang hilang, namun dikejutkan dengan penemuan emas berusia ribuan tahun.


Paul Raynard, 44, yang berasal dari Keighley, Yorkshire pada mulanya tidak percaya dia menemui 84 keping syiling emas yang sebahagiannya pernah digunakan pada era pemerintahan Raja Henry VIII pada 1550-an.


Menurut berita Metro UK melaporkan, Raynard bersama rakan baiknya Michael Gwynne, 52, pada mulanya hanya membantu rakan mereka yang juga seorang petani di Ballycastle, Ireland Utara.


"Pada mulanya saya agak kecewa kerana hanya menemui syiling 5 sen, namun tidak lama kemudian saya menemui syiling emas lama, saya terus memanggil Gwynne untuk membantu," kata Paul Raynard.



Menurutnya, mereka melakukan pencarian selama satu setengah jam sebelum dikejutkan dengan penemuan syiling emas itu, membuatkan mereka merasakan perasaan yang sungguh luar biasa seolah-olah memenangi loteri. 


"Syiling tersebut telah dihantar ke Muzium Ulster untuk dinilai tetapi pakar emas yang ditemui memberitahu nilai keseluruhan mungkin bernilai lebih dari £100,000 (RM532,992)," jelas Raynard.


Raynard berkata, dia dan Gwynne sebelum ini hanya melakukan kajian melalui peta lama untuk mencari petunjuk bagi penempatan purba atau medan tempur di mana harta karun mungkin boleh dijumpai di kawasan itu.


"Gwynne memberitahu dia mengetahui tempat di Ireland untuk kami jejaki tetapi kami hanya pergi ke ladang untuk mencari cincin perkahwinan kawan kami.


"Disebalik kegembiran menjumpai syiling emas, kami juga sedih kerana tidak menemukan cincin itu walaupun sudah beberapa jam berada di situ," katanya.


Kepingin syiling purba yang ditemui.

Rabu, 7 Mac 2018

Misteri Kehilangan Amber Room, Bilik Kecil Diperbuat Dari Emas Dan Permata

Misteri Kehilangan Amber Room, Bilik Kecil Diperbuat Dari Emas Dan Permata

Amber Room

Ketika Perang Dunia Ke-2 bermula pada tahun 1941, tentera Nazi menyerang Rusia dan menyerbu istana Catherine di St. Petersburg. Ketika itu Adolf Hitler telah mengarahkan tenteranya merampas apa saja harta benda milik Rusia. Walaupun tentera Soviet berusaha menyembunyikan semua kepentingan Rusia masa itu, namun Jerman berjaya menemui Amber Room.

Amber Room adalah sebuah bilik kecil berukuran 11 kaki persegi terdiri dari dinding berukuran besar bertatahkan batuan Amber. Setiap sisi cermin dihiasi emas dan empat buah mozaic Florentine yang sangat luar biasa cantiknya.

Amber Room yang sangat mewah ini dibina sejak 300 tahun lalu. Disebut sebagai harta karun paling unik dalam sejarah, dinding Amber Room dibina dengan batuan Amber yang dikatakan terhasil melalui getah pokok Hymenaea yang hidup kira-kira 30 juta tahun dahulu.

Amber Room, rejim nazi

Amber Room tersusun dalam tiga tingkat dipenuhi emas dan permata yang tidak ternilai harganya. Menurut catatan sejarah, ramai tukang emas yang terlibat dalam pembinaan Amber Room. Pembinaan Amber Room ini mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

Mula dibina pada tahun 1709 dan merupakan milik Raja Prusia ketika itu. Amber Room kemudian dihadiahkan kepada Tsar Peter pemerintah agung empayar Rusia pada tahun 1716. Pemberian itu merupakan tanda perjanjian damai antara Prusia dan Rusia. Amber Room kemudian disimpan di istana Catherine di Rusia.

Selain emas dan batuan Amber, dindingnya juga turut disalut batu permata yang sangat berharga. Pada akhir Perang Dunia Ke-2 tentera Nazi dipercayai telah merampas Amber Room dan meleraikan bilik emas itu, kemudian kesemua isinya dipindahkan ke Konigsberg di Jerman. Selepas Perang Dunia Ke-2 berakhir pada tahun 1945, kerajaan Rusia cuba mendapatkan semula Amber Room yang dianggap sebagai harta paling berharga milik Rusia.

Malangnya, Amber Room sangat berharga itu telah hilang dan tidak dapat dikesan hingga kini. Sesetengah pihak mendakwa Amber Room telah hancur dalam peristiwa pengeboman Konigsberg, namun tiada bukti kukuh menyokong dakwaan tersebut. Ada pendapat mengatakan Amber Room mungkin disembunyikan di dalam lombong, atau telah tertimbus di kawasan pergunungan bijih timah ketika perperangan berlaku.

Ada juga dakwaan mengatakan Amber Room telah terbenam bersama sebuah kapal yang karam di lautan Baltik ketika dibawa belayar. Walaupun terdapat serpihan kapal ditemui ditempat yang disebutkan itu, tetapi tidak ada tanda-tanda Amber Room pernah berada disitu. Pada tahun 2008, sekumpulan pemburu harta karun telah menemui satu gua bawah tanah buatan manusia, dipercayai menyimpan kesemua dinding Amber Room. 

Peralatan elektromagnet yang digunakan juga mengesan sekurang-kurangnya terdapat dua tan emas di dalam gua yang tertutup rapat itu. Namun, usaha itu dihentikan serta-merta tanpa sebarang alasan kukuh dan berita susulan.


Pada tahun 2010, Sergei Trifonov mendakwa telah menemui kubu yang pernah digunakan oleh tentera Jerman di Konigsberg pada tahun 1945. Turut dipercayai mungkin Amber Room yang hilang itu tersimpan disana, namun kubu tersebut terletak sedalam 1,000 meter di bawah tanah.

Hasil cari-gali yang dilakukan hanya menemui garisan batu yang dipercayai merupakan serpihan kubu tersebut. Ada beberapa kisah misteri berkenaan Amber Room ini menceritakan bahawa, setiap pemiliknya akan mendapat malang. Antaranya adalah kaunselor yang menjaga Amber Room iaitu Alfres Rhode dan isterinya yang meninggal dunia akibat penyakit tifus.

Peliknya, jasad suami isteri itu telah lenyap termasuk doktor yang menandatangani surat kematian mereka. Jeneral Rusia iaitu Gusev yang ada kaitan dengan Amber Room mati dalam satu kemalangan. Manakala Georg Stein, salah seorang pemburu Amber Room turut ditemui mati di hutan Bavaria dalam keadaan telanjang dengan perut terhiris.

Oleh kerana Amber Room tidak ditemui, Rusia akhirnya memutuskan membina semula replika Amber Room dengan mengekalkan emas sebagai bahan utama. Pembina dilakukan di Tsarskoye pada tahun 1979. Pada tahun 2003 barulah Amber Room siap dibina sepenuhnya dan dirasmikan di istana Catherine, merupakan tempat asal Amber Room sebelum dirampas tentera Nazi dahulu.

Sehingga kini, masih ramai yang mencuba untuk mencari di mana Amber Room sebenar berada. Kesemua gambar yang diletakkan dalam artikel ini adalah replika Amber Room yang telah siap dibina, kini dipamerkan di istana Catherine.

Amber Room, rejim nazi

Isnin, 5 Mac 2018

Kisah Harta Milik Nazi Yang Delum Ditemui Hingga Kini

Kisah Harta Milik Nazi Yang Delum Ditemui Hingga Kini


Rejim Nazi yang dipimpin oleh Adolf Hitler telah mengumpul banyak emas, perak, perhiasan mahal dan banyak lagi harta lain selama mereka berkuasa. Harta haram itu sebahagian besar dirampas dari tahanan dan beberapa milik kerabat diraja yang mereka tawan.

Sebahagian besar harta berupa emas dileburkan menjadi bongkah emas dan disimpan dalam tempat yang dirahsiakan. Harta Nazi ini menjadi sasaran banyak perburuan harta karun sehingga kini. Ada beberapa kereta yang konon sarat dengan emas disembunyikan. Peti-peti harta yang katanya sengaja dicampakkan ke dalam tasik dan dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Ada juga kisah menceritakan harta ini telah ditemui dalam gua dan tersimpan dalam almari besi, tetapi banyak yang telah hilang. Harta yang ditemui itu dipercayai telah disimpan di bank-bank Eropah pada tahun 1945.

Beberapa kisah berkaitan harta Nazi yang masih misteri kewujudannya hingga sekarang

Kereta api sarat membawa emas ini merupakan legenda yang sudah lama tersebar di kalangan masyarakat Wroclaw, Polandia. Kereta api yang dipenuhi harta dari kota mereka, dahulunya kota itu bernama Breslau. Harta-harta itu dipindahkan oleh tentera Nazi ketika pasukan tentera Merah Rusia menyerbu kota mereka pada penghujung Perang Dunia ke-2.

Kali terakhir kereta itu dilihat di kawasan Walbrzych. Sudah 70 tahun berlalu, namun keberadaan gerabak penuh harta itu masih misteri hingga sekarang. Dua tahun lepas pada tahun 2015, dua orang pemburu harta karun menggunakan radar mendakwa telah menemui kereta api yang dipercayai sarat dengan emas.

Pejabat Kementerian Kebudayaan Polandia Piotr Zuchowski mengatakan telah melihat gambar pencitraan yang diambil oleh radar yang menembus tanah. Peralatan elektromagnet yang digunakan juga mengesan logam, mungkin juga emas tersembunyi di dalam gua yang tertutup rapat itu.

Misteri harta Nazi

Rejim nazi

Mereka yakin, kereta api sepanjang 100 meter yang kelihatan di sana adalah Kereta api emas yang dicari-cari. Namun dikhawatiri Nazi telah memasang perangkap disekitar harta itu. Meski pun kereta api itu bakal ditemui belum tentu ada emas di dalamnya. Mereka juga percaya ada lebih dari satu kereta bersama gerabak sarat membawa harta disembunyikan disekitar Polandia.

Ada kisah menceritakan bahawa pada tahun 1945 terdapat 3 kereta tersebut yang datang ke kota Wrocalaw, selepas itu keberadaan kerata api itu tak pernah dilihat lagi hinggalah sekarang. Penemuan kereta api diyakini milik Nazi berkenaan mengembalikan satu harapan baru bahawa 'Amber Room' bakal ditemui semula. Amber Room adalah bilik kecil sebesar 11 kaki persegi diperbuat dari emas.

Harga Amber Room ini tidak ternilai, terlalu mahal untuk kita bayangkan. Amber Room dibina pada tahun 1709 milik Raja Prusia. Pada 1716 dia menghadiahkan Amber Room tersebut pada Tsar Rusia Peter Agung. Pada Perang Dunia ke-2, Amber Room telah dirampas oleh pengikut Nazi dan dibawa ke Kota Konigsberg untuk dipamerkan. Selepas itu Amber Room tiba-tiba hilang dan keberadaannya hingga kini masih misteri.

Pada tahun 1979, Rusia mula menjalankan usaha membina semula replika Amber Room di Tsarskoye juga menggunakan emas sebagai bahan utama. Pada tahun 2003 barulah Amber Room siap dibina sepenuhnya. Dirasmikan di istana Catherine tempat asal sebelum Amber Room asal dirampas tentera Nazi dahulu.

Amber Room
Replika Amber Room.

Ada juga Legenda menyebut, 18 peti berisi emas dan platinum disembunyikan di dasar tasik dekat Berlin oleh skuad SS Nazi dibantu sejumlah tawanan dari Polandia. Mungkin juga di tasik Stolpsee di Brandenburg ketika akhir Perang Dunia ke-2. Selepas peti-peti itu diletakkan dalam tasik itu, kesemua tawanan yang terlibat dipercayai dibunuh oleh rejim tersebut.

Emas dipercayai disembunyikan di dasar tasik merupakan sebahagian operasi rahsia dengan kode 'Operation Nibelung'. Seorang arkeologi Leon Giesen melakukan 3 penggalian mencara harta karun berdekatkan Mittenwald bersempadan dengan Austria. Pencarian tersebut dilakukan mendasarkan pada lirik muzik bertajuk 'March Impromptu' yang ditulis komposer ahli muzik klasik iaitu Gottfried Federlein sebelum meninggal pada tahun 1952.

Leon Giesen pernah mengatakan lembaran muzik tersebut memuatkan diagram, 'rel kereta api' yang pernah melalui wilayah Mittenwald sekitar tahun 1940an. Kalimat terakhir dalam lirik 'Enden der Tanz' yang bermaksud 'akhir tarian', menjadi petunjuk bahawa emas tersebut ada disekitar kereta api itu pernah berhenti.

Menurut web Spiegel Online, Adolf Hitler ada memerintahkan penolong peribadinya iaitu Martin Bormann supaya menguburkan emas di suatu kawasan sekitar bukit Bavaria. Martin Bormann kemudian diperintahkan menyelitkan huruf, angka, dan lambang di kertas muzik atau partitur, bila diuraikan akan mengungkap koordinat/peta tempat terletaknya harta itu.

Jumaat, 17 November 2017

Cari Harta Karun Jumpa Benda Lain Terkubur Di Tengah Hutan

Cari Harta Karun Jumpa Benda Lain Terkubur Di Tengah Hutan


Benarkah kerja mencari harta karun ini merupakan pekerjaan yang romantis dan indah. Filem yang dibintangi Nicholas Cage dan Harrison Ford menjadikan aktiviti ini kelihatan seperti pekerjaan impian yang selalu anda kenali. Pada hakikatnya memburu harta karun tidak seperti yang ditunjukkan dalam filem.

Ianya kotor, memenatkan dan memerlukan kerja keras namun jarang menghasilkan pulangan yang lumayan. Tetapi adakalanya ianya sangat berbaloi seperti penemuan motosikal ini dari era perang dunia ke-2. Tinggalan sejarah berusia lebih 80 tahun itu berkarat dan hodoh dari pandangan mata namun ia sangat bernilai bagi pengumpul barang antik.

Motosikal itu ditemui terkubur di sebuah daerah di Rusia. Motosikal yang dijumpai itu mungkin model asal DKW Luxus 300, mungkin juga model motosikal Red October L-300 buatan Rusia, kerana kedua-dua reka bentuk motosikal ini serupa.

Motosikal yang digali ini sangat usang dan rosak menyebabkan sukar untuk kenal pasti modelnya. Pengilang Rusia dilesenkan oleh DKW turut mengeluarkan motosikal dengan reka bentuk sama yang diberi nama Red October L-300.

Semasa peperangan lebih 80 tahun lalu Rusia mula mengeluarkan versi motosikal mereka sendiri. Akhirnya Red October 300 berjaya dihasilkan dengan meletak lambang 'L'. Lambang 'L' merujuk kepada Leningrad, Sankt Petersburg, nama bandar tempat ia dihasilkan.



Penemun ini merangkumi sejarah kisah perjalanan motosikal itu yang turut dikaitkan orang-orang pernah menunggangnya. Sejarah adalah nyata dan tidak boleh dinafikan, samalah juga penemuan ini. Walaupun lebih daripada 80 tahun terkubur di dalam hutan namun akhirnya dijumpai.

Sekali gus merupakan satu penemuan sejarah yang amat berharga. Apabila kita melihat kisah sejarah yang di filemkan, beberapa perkara kita perlu pertimbangkan tentang kebenaran sejarah. Kebanyakan cerita dalam filem sedikit diubah supaya jalan cerita lebih menarik.

Berbeza dengan nilai sejarah seperti ini, kita melihat secara nyata. Walau apa sahaja yang berlaku dan bagaimanapun ia telah hilang, adalah bukti masa lalu dan kini akan dirumuskan oleh generasi akan datang yang bertuah untuk melihatnya secara langsung.



Model October L-300.

Ahad, 14 Mei 2017

Kewujudan Kota Emas Paititi Kekal Misteri Sehingga Kini

Kewujudan Kota Emas Paititi Kekal Misteri Sehingga Kini


Berdasarkan cerita lisan turun temurun tradisi Inca, diceritakan bahawa jauh di dalam hutan Amazon di timur wilayah Andes di Peru terdapat sebuah kota misteri. Tempat ini disebut Paititi 'the lost city of gold' atau kota emas yang hilang. Sejak dulu lagi ramai pemburu harta karun cuba menjejaki kota ini termasuk ahli arkeologi yang turut mencari kota legenda ini.

Namun bukan perkara yang mudah untuk menjejaki kota emas ini. Hutan Amazon adalah tempat yang amat berbahaya kerana perdagangan kokain dan pembalak haram aktif di dalam hutan ini. Banyak penjalajah yang ditembak mati ketika memasuki kawasan ini. Malah ada yang dilaporkan hilang dan sehingga kini tidak dapat dikesan.

Selain itu, kehilangan mereka turut dikaitkan dengan unsur mistik yang sukar dijelaskan. Hal ini mungkin boleh menjelaskan mengapa ramai orang mati ketika melakukan pencarian di hutan itu. Ada juga antara mereka mencari kota ini bertujuan untuk belajar lebih banyak tentang sejarah kewujudan Paititi.

Menurut legenda, Paititi dibina oleh pahlawan Inca yang bernama Inkarri. Dia juga membangunkan kota Cusco sebelum berundur masuk ke hutan apabila para penakluk Sepanyol tiba. Ketika penakluk Sepanyol memasuki Cusco, mereka mengambil emas dan perak tetapi mereka hanya menemui sebahagian kecil daripada jumlah sebenar.

Kebanyakan harta seperti emas tidak pernah ditemui sehingga sekarang, dipercayai bangsa Inca menyembunyikannya sebelum kedatangan penjajah ketika itu. Menurut kabar angin, barangan berharga dan emas miliki peradaban Inca disembunyikan di kota Paititi (kewujudan kota emas Paititi hanya legenda).

Pada tahun 2001, arkeologi Italia yang bernama Mario Polia menemui laporan dari seorang mubaligh bernama Andres Lopez yang disimpan di arkib di kota Vatikan, Itali. Dalam dokumen tersebut bertarikh pada tahun 1600, Lopez menjelaskan secara terperinci sebuah kota besar yang kaya dipenuhi emas, perak dan hiasan mewah.

Ia terletak di tengah-tengah hutan tropika yang disebut Paititi oleh penduduk asli. Lopez memberitahu tentang penemuan tersebut namun tidak menyatakan dengan jelas lokasi kota emas itu. Satu kumpulan berusaha menyelidik kebarangkalian kewujudan kota Paititi. Mereka kemudian menghabiskan masa selama dua tahun berada di hutan Amazon pada tahun 2001 hingga 2002.

Mereka menemui beberapa sisa runtuhan menarik berdekatan bandar Riberalta di utara Bolivia, dipercayai pecahan seramik Inca, namun mereka tidak menemui emas ataupun perak serta barang berharga lain di tempat itu. Pada tahun 2008 sekali lagi dihebohkan dengan berita penemuan runtuhan purba di Kabupaten di Peru.

Dalam laporan menyatakan bahawa penemuan itu adalah antara sepihan kota yang hilang. Sekali gus menarik minat ramai terutama ahli arkolegi, namun penyelidik tidak yakin bahawa runtuhan itu ada kaitan dengan kota emas yang disebut-sebut. Pemburu harta karun masih mencari kota emas itu walaupun kewujudannya masih diragui dan terus menjadi misteri dunia hingga kini.