Selasa, 11 Ogos 2026

SPRM lumpuh sindiket import ayam sejuk beku haram di Sabah, pegawai pelabuhan disyaki dirasuah


Kegiatan sindiket membawa masuk ayam sejuk beku secara tidak sah ke Sabah terbongkar selepas 10 kontena dipercayai diimport dari China disita dalam operasi khas, hari ini.


Tiga lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an turut ditahan dalam operasi dikenali sebagai 'Op Chick', dipercayai berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat.


Menurut sumber, operasi dilaksanakan Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).


Katanya, sindiket berkenaan dipercayai membawa masuk ayam sejuk beku secara tidak sah dengan merasuah pegawai pihak berkuasa di sebuah pelabuhan di Sabah.


"Berdasarkan siasatan awal, kontena yang mengandungi ayam sejuk beku berkenaan dipercayai diisytiharkan secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan ditetapkan.


"Susulan operasi itu, SPRM menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan.


"SPRM kini sedang mengenal pasti individu lain yang dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan," katanya.


Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan operasi dan penahanan berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.


Menurutnya, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, esok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan.


This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon