Sabtu, 13 Disember 2025

Polis tahan 14 'scammer' China sembunyi dalam hotel di Bangkok


Polis menahan 14 warga China semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan internet (scam), selepas mereka masuk ke Thailand secara haram dari Myanmar dan bersembunyi di sebuah hotel di Bangkok.


Anggota-anggota polis membuat pemeriksaan di kawasan sekitar hotel tersebut dan mendapati, lebih 10 individu warga China bergerak keluar masuk dalam keadaan mencurigakan.


Polis kemudian menyerbu hotel itu dan menemui 14 lelaki warga China yang menginap dengan kira-kira tiga hingga empat orang dalam setiap bilik hotel.


Semasa pemeriksaan pasport, hanya tujuh daripada 14 individu itu dapat menunjukkan dokumen yang sah.


Tiga individu telah tinggal lebih masa, empat daripada mereka tidak mempunyai cop masuk ke negara itu, manakala tujuh lagi langsung tidak mempunyai pasport.



Ketika soal siasat, semua suspek mengaku memasuki Thailand secara haram melalui daerah Mae Sot, sebuah daerah yang berkongsi sempadan dengan Myanmar.


Menurut laporan laman berita Khaosod, mereka mendakwa melarikan diri daripada tindakan keras pihak berkuasa Myanmar yang menyasarkan kumpulan 'scammer'.


Semua tahanan telah dikenakan pertuduhan sewajarnya, dengan tiga individu dituduh sebagai warga asing yang memasuki dan tinggal di negara itu melebihi tempoh dibenarkan.


Baki yang lain dituduh sebagai warga asing yang memasuki dan tinggal di negara itu tanpa kebenaran dan tidak melalui pemeriksaan imigresen di pintu masuk sah.


Kesemua 14 individu itu kemudian diserahkan kepada Balai Polis Bang Chan untuk tindakan undang-undang selanjutnya. - Sumber Thaiger.


EmoticonEmoticon