Selasa, 13 Julai 2021

Wanita hasilkan barang kemas guna gigi, rambut dan abu orang mati


Jika kebanyakan masyarakat gemar memakai barang kemas yang diperbuat daripada emas dan berlian, berbeza pula dengan seorang wanita di Australia ini apabila memilih gigi mayat sebagai bahan utama aksesori itu.


Jacqui Williams gemar menghasilkan aksesori menggunakan gigi orang mati seperti rantai, gelang tangan, cincin dan subang, serta pelbagai aksesori hiasan diri dihasilkan daripada abu dan rambut mayat.


Wanita berusia 29 tahun itu mengusahakan Grave Metallum Jeweller bagi menghasilkan kesemua barang kemas tersebut menggunakan gigi, rambut dan abu individu yang sudah meninggal dunia.


Katanya, penghasilan barang kemas unik itu membantu mereka yang kehilangan insan tersayang menghadapi saat sukar.



"Saya akan gunakan gigi si mati untuk dijadikan apa jua jenis aksesori, mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan. Saya lakukan kerja ini kerana ingin bantu mereka hadapi saat sukar apabila kehilangan insan tersayang," katanya.


Jelas wanita itu, aksesori yang dihasilkannya boleh membuatkan masyarakat berasa 'dekat' dengan insan tersayang mereka yang sudah tiada.


Sebelum ini, Williams pernah bekerja di restoran dan sebagai tukang kebun di sebuah tanah perkuburan, dan hanya menghasilkan aksesori sebagai menjana pendapatan tambahan.


Namun, lama-kelamaan, wanita itu meyedari minat sebenarnya adalah hasilkan aksesori. Dia mula membuat aksesori itu selepas membantu seseorang dalam kesedihan kerana kehilangan teman baik beberapa tahun lalu.



"Saya menghasilkan aksesori ini bagi membantu orang ramai mengatasi kesedihan kehilangan seseorang yang disayangi. Kesedihan menjadi lebih mudah untuk diatasi jika kita berkongsi dengan orang lain.


"Saya boleh menghasilkan apa saja menggunakan gigi mayat mengikut kehendak ahli keluarga mereka," katanya dalam laporan Daily Star pada 10 Julai 2021 lalu.


Antara aksesori paling mahal yang pernah dihasilkan Williams adalah cincin perkahwinan yang dihiasi dengan gigi suami pelanggannya. Cincin itu dijual pada harga AUD$7,500 (RM23,532).


Commemorative necklaces, bracelets and rings are made from the teeth of dead loved ones. - Foto Jacqui Williams / SWNS.

Jacqui's art can divide people's opinions. - Foto Jacqui Williams / SWNS.

A ring using a client's grandfather's gold teeth. - Foto Jacqui Williams / SWNS.


EmoticonEmoticon