Ahad, 11 Julai 2021

Ramai mengaku pernah jalin hubungan seksual dengan Alien

Gambar Hiasan (Getty Image)

Apabila membicarakan tentang makhluk asing atau alien, secara langsung kita akan kaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO). Sejak dahulu lagi ramai yang mendakwa pernah melihat kapal angkasa UFO ini.


Dakwaan itu sekali gus menimbulkan teka teki yang hangat diperdebatkan di seluruh dunia. Terbaru, pengakuan ratusan warga Britain mengejutkan dunia apabila mereka mendakwa pernah melakukan hubungan seksual dengan makhluk asing menerusi satu tinjauan terbaharu.


Lapor akhbar Daily Star pada 10 Julai 2021, sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penduduk England mendakwa pernah berjumpa secara dekat dengan makhluk asing. Manakala hampir 300 individu di Britain membuat pengakuan pernah melakukan hubungan seksual dengan makhluk aneh itu.


Kebanyakan daripada mereka yang membuat pengakuan itu adalah daripada Norwich yang merupakan kawasan yang sering dikunjungi UFO. David Abrams yang menjalankan tinjauan tersebut berkata keputusan undian tersebut amat mengejutkannya.


"Kami terkejut apabila mendapati ramai mendakwa pernah melakukan hubungan seksual dengan makhluk asing terutamanya mereka yang berasal dari Norwich dan Bristol.


"Pasti ada sesuatu tentang lokasi-lokasi tersebut yang menyebabkan dakwaan aktiviti seksual bersama makhluk asing adalah lebih kerap berbanding kawasan lain di Britain," katanya.


Bulan lalu, Daily Star turut melaporkan kisah seorang wanita, Abbie Bela yang menemui cinta dengan makhluk asing selepas berputus asa mencari kekasih secara online.


EmoticonEmoticon