Isnin, 7 Jun 2021

Nelayan Jadi Jutawan Segera Selepas Jumpa 'Sesuatu' Dalam Perut Bangkai Ikan Paus


Sekumpulan nelayan di Yaman menjadi jutawan setelah menemui sesuatu di perut bangkai ikan paus sperma. Ia adalah ambergris atau dalam bahasa mudah dikenali muntah ikan paus.


Memetik lapor laman berita Mirror UK pada 2 Jun 2021, nelayan tersebut berjaya menjual ambergris itu dengan harga AS$1.5 juta (RM6.4 juta). Bukan hanya mereka yang menikmati hasil jualan itu, para nelayan ini juga memberikan wang kepada beberapa orang memerlukan bantuan di kampung mereka.


Difahamkan kejadian ini bermula ketika seorang nelayan dari Syria memberitahu sekumpulan nelayan mengenai bangkai ikan paus yang terdampar di pinggiran Teluk Aden, Yaman.


"Salah seorang nelayan dari Syria memanggil kami pada waktu pagi dan dia berkata, 'Ada ikan paus dan mungkin mengandungi ambergris'," kata seorang nelayan seperti yang dilaporkan laman berita BBC, pada Rabu lalu (2/6/2021).



Selepas menerima maklumat, nelayan dari Yaman kemudian pergi ke lokasi yang dimaksudkan. Ketika mereka semakin dekat dengan bangkai ikan paus, baunya sangat kuat, dan mereka mengesyaki ada sesuatu yang berharga di dalamnya.


Nelayan kemudian membawa bangkai ikan paus ke pantai, kemudian mereka membedah bangkai tersebut untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Sangkaan mereka benar, mereka menjumpai benda berharga dalam perut ikan paus tersebut.


"Baunya sangat busuk, tetapi akan menghasilkan banyak wang. Jika anda menjumpai ikan paus ambergris, itu adalah harta karun," tambah nelayan itu.


Seperti diketahui, ambergris adalah bahan yang agak sukar ditemui dan hanya dapat dihasilkan oleh ikan paus sperma. Ambergris sangat berharga kerana ia adalah salah satu bahan yang paling dicari untuk digunakan dalam industri minyak wangi.


Penemuan 'harta karun' ini tentunya menjadikan mereka tiba-tiba kaya. Sebilangan nelayan menyatakan bahawa wang itu digunakan untuk membeli rumah atau kereta, dan ada juga yang merancang untuk segera berkahwin.


Pada mulanya ambergris mempunyai bau busuk. Tetapi setelah mengering, ia akan mengeluarkan wangian yang manis dan tahan lama. Harga ambergris boleh mencecah sehingga RM200 ribu sekilogram.


EmoticonEmoticon