Sabtu, 17 Oktober 2026

Dua Remaja 16 Tahun Mengaku Bersalah Rogol Gadis OKU Berusia 14 Tahun


Dua remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Pekan pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun lapan bulan di sebuah pondok, 6 Oktober lalu.


Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun. Bagaimanapun, tiada hukuman dijatuhkan pada prosiding berkenaan.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9 malam hingga 10 malam pada tarikh berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin daripada ahli keluarga. Bagaimanapun, hanya seorang berjaya dijamin, manakala seorang lagi dihantar ke penjara selepas gagal menjelaskan wang jaminan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Sarah Aqilah Lokman, manakala kedua-dua remaja diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Noor Shuhada Arifin.


Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 November depan bagi mendapatkan laporan akhlak.

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon