Khamis, 6 November 2025

Lelaki jumpa emas lebih RM3 juta tertanam di laman rumahnya


Seorang lelaki Perancis bergelar jutawan segera selepas menemukan harta karun berupa emas bernilai kira-kira AS$800,000 (RM3.35 juta) ketika sedang menggali kolam renang di laman rumahnya awal tahun ini, demikian menurut pegawai tempatan.


Dia memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan selepas penemuan tersebut pada bulan Mei.


Pihak berkuasa kemudian membenarkan lelaki tersebut menyimpan emas itu kerana ia bukan berasal dari tapak arkeologi, kata Majlis Perbandaran Neuville-sur-Saone, timur Perancis semalam.


Menurut laporan akhbar Le Progrès, lelaki itu menemukan lima jongkong emas dan banyak syiling yang tertanam di dalam beg plastik.


Majlis perbandaran berkata, pemilik terdahulu rumah itu telah meninggal dunia, namun bagaimana emas itu boleh tertanam di situ kekal menjadi misteri.

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon