Isnin, 5 Mac 2018

Kisah Harta Milik Nazi Yang Delum Ditemui Hingga Kini


Rejim Nazi yang dipimpin oleh Adolf Hitler telah mengumpul banyak emas, perak, perhiasan mahal dan banyak lagi harta lain selama mereka berkuasa. Harta haram itu sebahagian besar dirampas dari tahanan dan beberapa milik kerabat diraja yang mereka tawan.

Sebahagian besar harta berupa emas dileburkan menjadi bongkah emas dan disimpan dalam tempat yang dirahsiakan. Harta Nazi ini menjadi sasaran banyak perburuan harta karun sehingga kini. Ada beberapa kereta yang konon sarat dengan emas disembunyikan. Peti-peti harta yang katanya sengaja dicampakkan ke dalam tasik dan dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Ada juga kisah menceritakan harta ini telah ditemui dalam gua dan tersimpan dalam almari besi, tetapi banyak yang telah hilang. Harta yang ditemui itu dipercayai telah disimpan di bank-bank Eropah pada tahun 1945.

Beberapa kisah berkaitan harta Nazi yang masih misteri kewujudannya hingga sekarang

Kereta api sarat membawa emas ini merupakan legenda yang sudah lama tersebar di kalangan masyarakat Wroclaw, Polandia. Kereta api yang dipenuhi harta dari kota mereka, dahulunya kota itu bernama Breslau. Harta-harta itu dipindahkan oleh tentera Nazi ketika pasukan tentera Merah Rusia menyerbu kota mereka pada penghujung Perang Dunia ke-2.

Kali terakhir kereta itu dilihat di kawasan Walbrzych. Sudah 70 tahun berlalu, namun keberadaan gerabak penuh harta itu masih misteri hingga sekarang. Dua tahun lepas pada tahun 2015, dua orang pemburu harta karun menggunakan radar mendakwa telah menemui kereta api yang dipercayai sarat dengan emas.

Pejabat Kementerian Kebudayaan Polandia Piotr Zuchowski mengatakan telah melihat gambar pencitraan yang diambil oleh radar yang menembus tanah. Peralatan elektromagnet yang digunakan juga mengesan logam, mungkin juga emas tersembunyi di dalam gua yang tertutup rapat itu.

Misteri harta Nazi

Rejim nazi

Mereka yakin, kereta api sepanjang 100 meter yang kelihatan di sana adalah Kereta api emas yang dicari-cari. Namun dikhawatiri Nazi telah memasang perangkap disekitar harta itu. Meski pun kereta api itu bakal ditemui belum tentu ada emas di dalamnya. Mereka juga percaya ada lebih dari satu kereta bersama gerabak sarat membawa harta disembunyikan disekitar Polandia.

Ada kisah menceritakan bahawa pada tahun 1945 terdapat 3 kereta tersebut yang datang ke kota Wrocalaw, selepas itu keberadaan kerata api itu tak pernah dilihat lagi hinggalah sekarang. Penemuan kereta api diyakini milik Nazi berkenaan mengembalikan satu harapan baru bahawa 'Amber Room' bakal ditemui semula. Amber Room adalah bilik kecil sebesar 11 kaki persegi diperbuat dari emas.

Harga Amber Room ini tidak ternilai, terlalu mahal untuk kita bayangkan. Amber Room dibina pada tahun 1709 milik Raja Prusia. Pada 1716 dia menghadiahkan Amber Room tersebut pada Tsar Rusia Peter Agung. Pada Perang Dunia ke-2, Amber Room telah dirampas oleh pengikut Nazi dan dibawa ke Kota Konigsberg untuk dipamerkan. Selepas itu Amber Room tiba-tiba hilang dan keberadaannya hingga kini masih misteri.

Pada tahun 1979, Rusia mula menjalankan usaha membina semula replika Amber Room di Tsarskoye juga menggunakan emas sebagai bahan utama. Pada tahun 2003 barulah Amber Room siap dibina sepenuhnya. Dirasmikan di istana Catherine tempat asal sebelum Amber Room asal dirampas tentera Nazi dahulu.

Amber Room
Replika Amber Room.

Ada juga Legenda menyebut, 18 peti berisi emas dan platinum disembunyikan di dasar tasik dekat Berlin oleh skuad SS Nazi dibantu sejumlah tawanan dari Polandia. Mungkin juga di tasik Stolpsee di Brandenburg ketika akhir Perang Dunia ke-2. Selepas peti-peti itu diletakkan dalam tasik itu, kesemua tawanan yang terlibat dipercayai dibunuh oleh rejim tersebut.

Emas dipercayai disembunyikan di dasar tasik merupakan sebahagian operasi rahsia dengan kode 'Operation Nibelung'. Seorang arkeologi Leon Giesen melakukan 3 penggalian mencara harta karun berdekatkan Mittenwald bersempadan dengan Austria. Pencarian tersebut dilakukan mendasarkan pada lirik muzik bertajuk 'March Impromptu' yang ditulis komposer ahli muzik klasik iaitu Gottfried Federlein sebelum meninggal pada tahun 1952.

Leon Giesen pernah mengatakan lembaran muzik tersebut memuatkan diagram, 'rel kereta api' yang pernah melalui wilayah Mittenwald sekitar tahun 1940an. Kalimat terakhir dalam lirik 'Enden der Tanz' yang bermaksud 'akhir tarian', menjadi petunjuk bahawa emas tersebut ada disekitar kereta api itu pernah berhenti.

Menurut web Spiegel Online, Adolf Hitler ada memerintahkan penolong peribadinya iaitu Martin Bormann supaya menguburkan emas di suatu kawasan sekitar bukit Bavaria. Martin Bormann kemudian diperintahkan menyelitkan huruf, angka, dan lambang di kertas muzik atau partitur, bila diuraikan akan mengungkap koordinat/peta tempat terletaknya harta itu.


EmoticonEmoticon