Memaparkan catatan dengan label Purba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Purba. Papar semua catatan

Ahad, 7 Februari 2021

Rahsia Unik 'Wave Rock' Terbentuk 27 Bilion Tahun, Batuan Gelombang Serupa Ombak di Australia Barat

Rahsia Unik 'Wave Rock' Terbentuk 27 Bilion Tahun, Batuan Gelombang Serupa Ombak di Australia Barat


Seiring dengan Afrika, benua Australia diyakini oleh banyak saintis sebagai tanah tertua di Bumi. Tidak mengejutkan apabila terdapat banyak bukti prasejarah yang terdapat diseluruh negara ini, termasuk salah satu yang merupakan 'Wave Rock' di Taman Negara Hyden, negara Australia.


Batuan yang kelihatan seperti ombak ini terdiri daripada barisan garis granit kelabu dan merah, yang membentuk lekukan serupa ombak setinggi 15 meter. Terletak kira-kira 340 kilometer tenggara Perth, di sebelah timur kawasan pertanian Wheat Belt, Wave Rock mempunyai formasi gelombang yang sempurna sepanjang 100 meter.


Menurut papan maklumat yang tertera di sana, ahli arkeologi menganggarkan bahawa gelombang di Wave Rock mula terbentuk 27 bilion tahun yang lalu, jauh sebelum wujudnya dinosaur.


"Para penyelidik mengatakan bahawa Wave Rock adalah granit inselberg (batu gergasi tunggal) yang telah mengalami begitu banyak hakisan disebabkan oleh mineral yang dibawa oleh angin dan hujan selama berjuta-juta tahun," kata Sheenagh Collins, generasi ketiga pengendali pelancongan di Taman Nasional Hyden. 


Katanya lagi, kekuatan hakisan ini perlahan-lahan menyapu permukaan batu untuk membentuk gelombang granit yang bergaris kelabu, merah, dan oker (peralihan warna oren ke hitam). Di samping itu, kehadiran ekosistem alga di batuan tersebut menjadikan permukaan Wave Rock kelihatan mempunyai kombinasi warna coklat dan hitam jika dilihat dari kejauhan.


Sheenagh Collins (tiga dari kiri) bergambar dengan
pengunjung. - Foto What's Your Reputation Worth?

"Kehadiran alga ini juga menjadikan permukaan Wave Rock berubah warna pada waktu malam pada musim panas, menjadi rona merah yang agak berkilat," jelas Collins.


Tidak diketahui dengan tepat Wave Rock mula didokumentasikan, tetapi menurut Collins, berita mengenai struktur batu purba ini sudah ada sejak abad ke-19. Wave Rock adalah penemuan yang mengejutkan bagi penjajah Eropah di Australia. Orang Ngooran (Subkelompok orang asli tempatan) tidak pernah menyebut apa-apa mengenai struktur batu purba semasa interaksi awal mereka dengan para pendatang.


"Penemuan cap tangan dan perkakas batu di sekitarnya meyakinkan para saintis bahawa orang Ngooran telah meletakkan Wave Rock sebagai tempat penting dalam kehidupan mereka," kata Collins.


Wave Rock dibuka untuk kunjungan umum sejak tahun 1928. Pada tahun 1951, Kementerian pekerjaan umum Australia memanfaatkan lembangan batu besar di dekat Wave Rock sebagai empangan kecil, yang mengumpulkan air hujan untuk mengairi tanah pertanian gandum di daerah Hyden dan sekitarnya.





Khamis, 4 Februari 2021

Misteri makam purba terpencil digelar 'Istana Bersendirian' di Madain Saleh

Misteri makam purba terpencil digelar 'Istana Bersendirian' di Madain Saleh


Arab Saudi terkenal sebagai kawasan yang penuh dengan bangunan bersejarah yang dibina daripada bukit batu. Salah satunya adalah Qasr Al-Farid yang berada di Madain Saleh, kota Nabath kedua terbesar, bangsa Arab Purba. Tempat ini adalah makam yang digelar 'Istana Bersendirian'.


Qasr al-Farid (yang bermaksud Istana Bersendirian). Gelaran itu diberikan kerana makam ini terletak jauh dari tapak-tapak bersejarah lain. Kalau dilihat dari jauh, seolah makam ini sendirian tidak berteman. Ia terletak di tapak arkeologi Madain Salih (juga dikenali sebagai al-Hijr atau Hegra) di utara Arab Saudi.


Walaupun dinamakan sebagai istana, Qasr al-Farid sebenarnya adalah makam yang dibina pada sekitar abad ke-1 Masihi. Qasr al-Farid adalah salah satu daripada 111 binaan makam yang bertebaran di sekitar Madain Salih, sebuah tapak yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak Warisan Dunia pada tahun 2008.  


Nasr al-Farid dianggarkan setinggi bangunan empat tingkat yang diukir dari sebongkah batu besar. Ia dibina seawal zaman Kerajaan Nabatea (Suku Nabath membentuk Kerajaan Nabatea) yang telah membina monumen hampir serupa di Petra, Jordan.


Suku Nabath adalah bangsa Arab purba yang memiliki pelbagai kemahiran, salah satunya adalah mengukir batu. Mereka telah menguasai Mediterranean timur hingga ke utara Arab. Tetapi zaman kegemilangan mereka terganggu oleh keadaan ekonomi dan politik orang Rom.


Madain Saleh tidak seberapa terkenal seperti kota lain, jarang pengunjung yang datang ke sini. Sebab tempat ini sangat terpencil terletak di tengah padang pasir yang kering. Beberapa bangunan purba di kawasan ini juga masih ada yang terkubur di dalam pasir.


Namun sayangnya, Qasr al-Farid ini adalah binaan yang tidak sempat disiapkan, malah banyak keraguan mengenai tarikh sebenar makam ini mula dibangunkan dan tiada siapa tahu siapa pemiliknya.





Baca: Petra, Kota Menakjubkan Hilang Ratusan Tahun

Khamis, 28 Januari 2021

Misteri batu purba menyerupai 3 ekor 'Ikan Paus Raksasa' sedang berenang di tengah hutan di Thailand

Misteri batu purba menyerupai 3 ekor 'Ikan Paus Raksasa' sedang berenang di tengah hutan di Thailand


Setiap lokasi punyai cerita dan latar belakang sendiri. Tak salah untuk kita menambah sedikit ilmu tentang budaya dan kehidupan masyarakat dari negara luar. Orang cakap jauh berjalan luas pandangan. Tapi, pernahkah anda terfikir untuk singgah ke tempat-tempat misteri dan unik di dunia?


Jika anda berkesempatan berkunjung ke Thailand, tempat ini mungkin yang anda cari. Terdapat satu pemandangan unik seakan 3 ekor ikan paus sedang berenang di tengah hutan yang terletak di atas Gunung Hin Sam Wan, area Phu Sing, Buengkan Thailand.


Ia bukan ikan paus sebenar tapi merupakan formasi batuan purba berusia 75 juta tahun. Memiliki tebing batu yang tinggi puluhan meter dan curam, jika kita berdiri diatas batu itu, kita dapat melihat sebahagian pantai Mekong, gunung Pakkading di Laos dan Hutan Phu Wua.


Kerana keunikannya, tiga formasi batuan purba yang menyerupai dengan ikan paus ini digelar 'Three Whale Rock'. Sehingga kini, batu gergasi ini dilindungi oleh kerajaan Thailand dan menjadi khazanah kepada negara mereka.


Ia tak seperti batuan purba yang lain yang biasa ditemui dikawasan terpencil dan tersorok, batuan purba ini boleh didaki dan pelancong juga dapat berdiri tepat di atasnya. Untuk mengunjunginya, pelancong akan melalui jalan setapak yang luas sambil terus mendaki ke batuan raksasa tersebut.


Pelancong juga boleh memilih sembilan laluan berbeza untuk melakukan pendakian. Sepanjang jalan, anda boleh melihat air terjun, pelbagai tumbuhan, haiwan dan burung-burung berkicauan riang. Bau alam sangat harum, udaranya segar, irama alam sangat asyik melengkapi kesempurnaan tempat ini.


Pada yang penggemar aktiviti luar seperti meredah hutan, sungai, mendaki gunung dan hiking, mendaki batuan purba ini pastinya merupakan satu pengalaman yang menkjubkan. Anda dapat merasakan ia seakan pengembaraan terbaik seumur hidup.






Jumaat, 15 Januari 2021

Rangka kapal lama didakwa berusia 200 tahun ditemui di tebing Sungai Lipis

Rangka kapal lama didakwa berusia 200 tahun ditemui di tebing Sungai Lipis


Penduduk Kampung Pagar Penjom di sini gempar dengan penemuan sebuah kapal lama bersalut tembaga yang didakwa berusia 200 tahun terdampar di tepi Sungai Lipis, Batu 6, dipercayai dibawa arus deras selepas banjir besar di kampung itu, baru-baru ini.


Sharimah Mohd Nor, 50, berkata beliau terlihat tinggalan kapal lama itu berdekatan jambatan gantung Sungai Kampung Pagar Penjom, kira-kira jam 5.00 petang semalam. Selepas penemuan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Penjom.


Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata anggota balai berkenaan ke lokasi dan menemui rangka kapal lama itu. Menurutnya, hasil temubual dengan penduduk mendakwa terdapat sekumpulan penduduk kampung telah mengambil komponen kapal lama berkenaan


"Ada sekeping logam yang bertulis 'VIVIA AND SONS SHEATING', namun terdapat beberapa bahagian badan kapal sudah tiada.


"pihak polis telah memaklumkan penemuan kapal terbabit kepada pihak Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk tindakan lanjut," katanya.


Beliau berkata, menurut Akta Warisan Kebangsaan, orang ramai yang menemui objek yang dipercayai mempunyai warisan kebudayaan hendaklah memberitahu pihak berkuasa. Beliau turut menasihati orang awam agar tidak mengambil komponen atau sebahagian daripada harta tersebut untuk dijadikan bahan simpanan atau koleksi.


Azli berkata, mana-mana pihak yang memusnahkan, merosakkan, mencacatkan, melupuskan atau mengubah sesuatu warisan kebudayaan ketara tanpa suatu permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dianggap melakukan kesalahan.


Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 47 penemuan objek di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.


Satu objek logam yang tertulis Vivian & Sons Sheating.

Antara bahagian kapal lama yang ditemui berhampiran sungai Lipis petang semalam.

Antara objek logam dipercayai paku ditemui bersama bangkai kapal berkenaan.

Sebahagian rangka kapal ditemui di Sungai Lipis selepas bencana banjir melanda daerah itu baru-baru ini, yang surut pada Rabu lalu. 

Rabu, 25 November 2020

Misteri penemuan lebih 100 keranda purba era Firaun terawal di Mesir

Misteri penemuan lebih 100 keranda purba era Firaun terawal di Mesir


Saqqara, Mesir: Di sebalik usaha Mesir menghidupkan kembali sektor pelancongan di negara itu yang terkesan akibat COVID-19, ahli arkeologi Mesir pada 13 November 2020 mendedahkan penemuan lebih 100 keranda purba yang dianggarkan berusia lebih 2,500 tahun.


Penemuan dramatik itu digali di selatan Kaherah di tanah perkuburan Saqqara, merupakan tempat pengkebumian ibu kota Mesir purba Memphis iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Penemuan terbesar itu berlaku kira-kira sebulan selepas ahli arkeologi di kawasan itu menjumpai 59 keranda kayu lain yang terpelihara dan bertutup. 


Memetik agensi berita antarabangsa, salah satu keranda yang dihiasi dengan hiasan dibuka oleh pasukan arkeologi sebelum menunjukkan mumia yang dibalut dengan kain, tertera tulisan hieroglif dalam warna terang. 


Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri, berkata, pihaknya sangat gembira dengan penemuan itu. Lebih dua minggu lalu, kira-kira 13 keranda purba turut ditemukan dalam kedalaman sekitar 12 meter (40 kaki).


Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Barang Antik, Dr Khaled Al-Anani memaklumkan pihaknya menjangkakan lebih banyak keranda kayu yang tertanam masih belum ditemukan di lokasi berkenaan.


Jelas Khaled lagi, Saqqara masih belum mendedahkan semua isinya kerana ini adalah harta karun. Keranda-keranda purba yang dianggarkan berusia 2,500 tahun itu berasal dari Zaman Akhir Mesir purba sekitar abad keenam atau ketujuh Sebelum Masihi (SM).



Menurut Khaled, kajian awal menunjukkan bahawa sarkofagi (keranda batu) dipercayai milik para imam, negarawan kanan, serta tokoh terkemuka dalam masyarakat Mesir purba dari dinasti ke-26. Berpuluh-puluh patung turut ditemui di kawasan berkenaan termasuk sebuah patung gangsa mirip Nefertem - seorang dewa purba bunga teratai.


Katanya, penemuan itu akan diedarkan ke beberapa muzium di Mesir termasuk Muzium Besar Mesir yang belum dibuka di dataran tinggi Giza. Beliau mengaitkan banyak penemuan di Saqqara dalam kerja penggalian yang dilakukan dalam beberapa tahun ini, malah akan mengumumkan beberapa penemuan baharu.


Ahli arkeologi juga berharap dapat menemui bengkel purba untuk pembuatan keranda kayu untuk mumia tidak lama lagi.

Rabu, 13 Mac 2019

Fosil Gajah Raksasa Purba Ditemui Secara Tak Sengaja, Spesies Ini Mendiami Bumi Sejak 5 Juta Tahun Lalu

Fosil Gajah Raksasa Purba Ditemui Secara Tak Sengaja, Spesies Ini Mendiami Bumi Sejak 5 Juta Tahun Lalu


Pada akhir tahun 2015 lalu, satu penemuan fosil gajah mammoth berbulu atau gajah purba mengejutkan di Michigan, Amerika Syarikat. James Bristle, petani, dan rakannya pada masa itu ingin membina saluran paip gas asli. Semasa penggalian dilakukan, cangkul yang mereka gunakan memukul objek keras.


Seperti yang dilaporkan IFL Science, pada mulanya, Bristle menganggap objek itu adalah pagar kayu lama. Namun, setelah diperiksa dengan lebih dekat, mereka percaya bahawa apa yang mereka dapati bukanlah kayu atau besi, tetapi rangka tulang dan tengkorak.


Kepastian terungkap setelah para saintis dari University of Michigan seramai 15 orang melakukan penggalian. Mereka sahkan, tulang-tulang itu adalah gading gajah raksasa, dan sebanyak lima bahagian badan berjaya dikeluarkan. Bahagian-bahagian ini adalah tengkorak, dua gading, beberapa tulang belakang, pelvis dan dua bahu.


Berdasarkan andaian awal, gajah Mammoth itu dianggarkan berusia 40 tahun sebelum mati akibat diburu. Pemburu itu sengaja menyembunyikan dan berharap suatu hari nanti dia akan mengambilnya kembali. Pada masa itu, manusia memburu haiwan untuk daging dan memanfaatkan kulit tebal untuk memanaskan badan.



Mammoth adalah gajah purba yang telah lama pupus. Haiwan ini mempunyai berat 6 hingga 8 tan, ada yang beratnya mencapai 12 tan. Mammoth (genus Mammuthus), spesies gajah yang mempunyai gading panjang dan lengkok, manakala spesies utara mempunyai bulu yang panjang.


Mereka hidup pada zaman Pliocene (kira-kira 5 juta tahun dahulu) sehingga zaman Holocene iaitu kira-kira 4,500 tahun dahulu di Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Utara. Menurut Daniel Fisher, Pengarah dan Kurator Museum Paleontologi, University of Michigan, berkata kemungkinan raksasa itu disembelih dan dagingnya yang tersisa disembunyikan sehingga mereka dapat mengambilnya semula.


"Kaki depan dan belakang tidak dijumpai. Ini menunjukkan bahawa beberapa badan haiwan raksasa ini telah dimakan oleh manusia. Kawasan Michigan memang menjadi lokasi beberapa penemuan bersejarah, dianggarkan lebih daripada 30 fosil mammoth telah dijumpai di negeri ini," katanya.



Ahad, 27 Mei 2018

Petra, Kota Menakjubkan Yang Pernah Wujud Hilang Ratusan Tahun Temui Semula

Petra, Kota Menakjubkan Yang Pernah Wujud Hilang Ratusan Tahun Temui Semula



Tempat ini digelar 'The Lost City' adalah sebuah bandar bersejarah, dinobatkan sebagai satu dari tujuh keajaiban dunia pada tahun 2007 lalu. Selepas sebahagian kecil kawasan ini di baik pulih, ia telah di buka untuk tujuan pelancongan. Petra adalah salah satu kota paling menakjubkan yang pernah ada di dunia, berada di wilayah Amman, Yordania.

Keunikan kota hilang ini menarik minat ramai, bukan saja pelancong malah pernah di jadikan salah satu lokasi pengambaran filem Transformer siri Revenge of the Fallen. Kota yang terletak di bahagian selatan Jordan berdekat Laut Mati ini ditinggalkan, mungkin kerana gempa bumi yang merosakkan infrastruktur sistem perairan di kota itu.

Kawasan Petra terletak di tengah-tengah antara Teluk Aqaba dan Laut Mati pada ketinggian sekitar 800 hingga 1396 meter di atas permukaan laut. Luas kota Petra lebih kurang 264 kilometer persegi. Kota Petra ini tidak akan terlihat secara terang-terangan bila ada yang mencarinya di atas bukit. Suku Nabatean sudah memikirkan cara agar terlindung dari serangan musuh dengan membangunkan kota di antara gunung-gunung berbatu yang tersembunyi.



Kini, tempat ini dapat dicapai dengan menggunakan kenderaan khusus yang biasanya disediakan di terminal bus Amman. Untuk masuk ke kawasan Petra, pelancong yang datang diwajibkan membayar tiket lawatan. Dengan tiket tersebut, para pengunjung berhak menunggang Kuda atau Unta hingga ke gerbang utama menuju Petra Treasury, merupakan salah satu bangunan utama di lokasi tersebut.

'Petra bermaksud batu' merupakan sebuah kota batu yang pernah hilang selama ribuan tahun. Oleh sebab itu kota ini disebut sebagai The Lost City. Ketika memasuki kawasan Petra, pengunjung akan melihat jejeran bangunan megah yang dibuat dan dipahat dari batu-batu berukuran raksasa. Tidak pasti bagaimana orang-orang pada masa itu membina dan memahat kota ini hingga menjadi kota yang sangat megah. Di sini, pengunjung akan diajak untuk memasuki lorong sempit yang panjangnya sekitar 1 kilometer.



Berjalan pelan-pelan di antara bongkahan batu-batu besar di sisi kiri dan kanan hingga tiba di tempat bangunan utama berada iaitu Petra Treasury. Bangunan cantik ini seakan sebuah istana dengan seluruh dindingnya berwarna kemerah-merahan. Di kawasan Petra terdapat pula makam para raja, sisa runtuhan ruangan teater yang di yakini mampu menampung hingga 4 ribu orang sekaligus.

Teater tersebut dibina era Romawi. Petra pernah dikuasai Romawi, sehingga jasad-jasad yang disimpan di dalam makam hingga simbol-simbol yang digunakan oleh suku Nabatean dibersihkan. Pihak Romawi kemudian mengalihfungsikan bangunan itu menjadi arena pengadilan dan lain-lain. Dalam catatan sejarah, Petra adalah ibukota Kerajaan Nabatean yang didirikan Raja Aretas IV pada 9 hingga 40 SM.

Ketika itu, Petra adalah kota yang kukuh dan sukar di tembusi musuh. Selain itu, Petra yang terletak di Lembah Wadi Araba memjadikan kota ini terhindar dari badai pasir. Setelah Romawi menang peperangan dan menguasai Petra pada tahun 106 M, kota ini mula menghilang dari pengetahuan umum. Kemudian ditemui semula oleh penjelajah asal Swiss, Johan Burckhardt pada tahun 1812. Di percayai kota ini telah terkubur lebih dari 500 tahun.

Selain Treasury, pelancong juga boleh menyusuri rumah-rumah kecil yang dihuni oleh penduduk Petra zaman dulu kala. Rumah itu sangat sederhana, dipahat dengan seadanya, hanya berbentuk lubang kecil seperti gua, namun di dalamnya terdapat juga ruangan-ruangan lain. Gunung Jabal Harun atau Gunung Harun adalah yang tertinggi di Petra. Kebanyakan pelancong dari Eropah dan Amerika biasanya menghabiskan waktu 2 hingga 4 hari untuk menjelajah Petra.



Khamis, 10 Mei 2018

Kota Thonis Hanya Dianggap Mitos Sebelum Ini Ditemui 'Terkubur' Dasar Laut Mediterranean, Mesir

Kota Thonis Hanya Dianggap Mitos Sebelum Ini Ditemui 'Terkubur' Dasar Laut Mediterranean, Mesir


Sebelum ini ramai menyangka bahawa kota legenda purba Thonis-Heracleion hanyalah sebuah mitos, namun penemuan ke atas kota tersebut pada tahun 2000 lalu sekali gus menyangkal dakwaan itu. Kota yang selama ini dikatakan mitos sebenarnya pernah wujud di bumi ini.

Kota purba ini dikatakan lenyap di kawasan Mediterranean sekitar 1200 tahun dahulu. Kota yang diselubungi misteri ini ditelan oleh Laut Mediterranean, dan tertanam di dalam pasir dan lumpur beribu tahun lamanya.

Hasil penemuan ini, ahli arkeologi telah membongkar misteri Heracleion, dan mendedahkan artifak-artifak menakjubkan yang masih terpelihara dengan baik. Kota ini dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba, dan orang-orang Mesir purba pula menyebut dengan nama Thonis.


Pertama kali kota ini telah ditemui semula pada tahun 2000 lalu oleh ahli arkeologi, iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM). Mereka kemudian melakukan satu kajian geofizik selama empat tahun.

Mereka mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama yang berada jauh di dasar laut. Penemuan tersebut bermula di bahagian utara pantai Mesir. Ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan binaan yang terdapat di kota ini hampir menyerupai kota purba Atlantis.

Kumpulan mereka turut menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki.


Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria, Mesir. Mereka berjaya mengeluarkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dan batu kapur (Sarcophagi) yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.

Selain itu, pihaknya melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir purba di tapak penemuan kota tersebut. Tetapi disebalik semua keseronokan atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan dengan tepat, mengapa ia tenggelam?

Berdasarkan teori awal penyelidik, kota tersebut dikatakan tergelincir ke dasar laut selepas ia dibina pada abad ke-8 sebelum Masihi. Sebelum kota Thonis-Heracleion hilang, dikatakan kota ini dibina sekitar muara Sungai Nil.

Andaian itu dibuat berdasarkan patung gergasi granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut. Antara teori lain yang turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa menyebabkan kota tersebut terkubur ribuan tahun lamanya.

Pasukan penyelidik Goddio juga berpendapat bahawa berat bangunan besar yang didirikan di atas permukaan tanah liat menyebabkan air masuk dirantau itu, dan mungkin tanah pasir telah menyebabkan sebahagian besar kota itu tenggelam ekoran gempa bumi.

Colossus Ratu Ptolemaic dibuat daripada granit merah berukuran 490 cm dan seberat 4 tan.

Franck Goddio memeriksa batu yang dipenuhi serpihan emas. Sebuah bekas emas Phiale turut dijumpai di kota Thonis-Heracleion.

Patung Gangsa firaun dari dinasti ke-26 turut ditemui di kuil sekitar Amon di Heracleion.

Franck Goddio dan pasukan penyelamnya memeriksa patung firaun. Patung gergasi itu berukuran lebih 5 meter tinggi dibuat dari granit merah.

Franck Goddio dengan tugu bersurat Heracleion yang masih utuh setinggi 1.9 meter.

Lampu minyak Gangsa Hellenistic dari abad ke-2 SM ditemui di kuil Amon.

Sabtu, 10 Mac 2018

Misteri penemuan 7 piramid di Tasik Chini cetus kegemparan

Misteri penemuan 7 piramid di Tasik Chini cetus kegemparan

Gambar hiasaan

Sebelum ini, bangunan berbentuk piramid dijumpai dalam banyak tamadun purba seluruh dunia sejak ribuan tahun lalu antaranya di Mesir, Mexico, Peru, Iraq dan China sehingga menimbulkan persoalan mengenai fungsinya yang merentasi benua dan budaya tamadun berbeza.


Beberapa tahun dahulu, heboh diceritakan bahawa terdapat piramid tersembunyi di bawah bukit di pedalaman kawasan hutan di Pahang, Malaysia, piramid tersebut kini dilitupi hutan dan kelihatan seperti sebuah bukit atau gunung kecil, namun kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan.


Pada 10 Disember 2007, akhbar New Straits Times ada melaporkan penemuan tujuh bukit yang berkemungkinan berasal daripada piramid yang dibina di Tasik Chini, Pahang hampir 1,000 tahun lalu. Laporan itu mencetuskan rasa terkejut di kalangan rakyat Malaysia yang tidak menyangka binaan misteri piramid turut wujud dalam alam Melayu pada zaman dulu kala.


Mengikut laporan akhbar berkenaan, piramid itu berkemungkinan dibina Kerajaan Khmer kuno yang berpusat di Kemboja serta memerintah dari tahun 802 hingga 1432 serta meluaskan jajahan takluknya sehingga Tasik Chini sepanjang tempoh itu.


Mengikut teori, ratusan tahun selepas empayar itu berakhir, piramid itu ditinggalkan sehingga ditimbus tanah dan ditumbuhi pohon menyebabkan ia berubah menjadi bukit yang dipenuhi belantara. Tapak kota sekitar piramid pula dipercayai tenggelam dalam Tasik Chini.


Kini, kawasan di sekitar bukit telah dibersihkan untuk memberi ruang kepada aktiviti pertanian di sekitarnya. Beberapa serpihan mangkuk porselin telah ditemui di sekitar bukit tersebut dan menguatkan lagi bukti bahawa kawasan tersebut suatu masa dahulu merupakan sebuah kawasan peradaban yang pesat sewaktu kegemilangan empayar Khmer.


Ketenangan Tasik Chini menyimpan 1,001 misteri.

Menurut catatan sejarah, ibukota empayar Khmer ialah di Siem Reap dan berkemungkinan Tasik Chini merupakan antara kota jajahan takluk empayar tersebut. Merujuk kepada sejarah empayar ini mencapai kemuncak kegemilangan sekitar abad ke-13, sebelum berlaku perebutan kuasa antara pembesar hingga menyaksikan empayar ini terkubur pada abad ke-15.


Sejak laporan akhbar itu diterbitkan, dipercayai tiada kajian lanjutan dilakukan tetapi pendedahan itu timbulkan banyak persoalan dan teka-teki mengenai misteri binaan piramid yang sudah ribuan tahun membingungkan minda penyelidik di seluruh dunia.


Mitos piramid di Tasik Chini terus dirungkai. 


Proses pembinaan piramid amat misteri


Dengan tanggapan kemampuan sains dan teknologi di dunia baru berkembang beberapa ratus tahun kebelakangan ini, pasti sukar mengandaikan bagaimana bangunan amat besar itu mampu dibina pada ribuan tahun lalu.


Bayangkan, untuk membina bangunan raksasa pada masa kini, manusia memerlukan pakar kaji bumi, jurutera, arkitek dan pelbagai jentera yang dibina berasaskan teknologi bagi mengangkat bahan berat dan menyudahkan binaan.


Justeru, adakah terdapat pakar dalam bidang fizik, kejuruteraan, binaan dan jentera hebat pada ribuan tahun lalu yang digunakan untuk membina piramid? Pembinaan piramid ternyata amat rumit dan piramid di Mesir misalnya dibangun menggunakan anggaran kira-kira dua juta batu dengan berat setiap satu antara dua tan hingga 15 tan.


Walaupun proses pembinaan piramid amat sukar, suatu yang aneh ialah bangunan itu dibina dengan banyaknya iaitu terdapat 138 piramid di Mesir, sekali gus membayangkan pentingnya piramid dibina dalam kepercayaan Mesir kuno, kira-kira 3,000 tahun lalu.


Piramida di Giza, Mesir.