Memaparkan catatan dengan label Aneh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aneh. Papar semua catatan

Ahad, 21 Februari 2021

Hidupan laut berwarna biru seakan makhluk asing penuhi pantai Sydney

Hidupan laut berwarna biru seakan makhluk asing penuhi pantai Sydney


Hidupan laut yang rupanya didakwa seakan dengan makhluk asing dilaporkan hanyut dalam jumlah besar di pantai timur Australia, minggu lalu. Akhbar Daily Star melaporkan, penemuan itu menarik ramai pihak bukan sahaja penduduk tempatan sebaliknya pengkaji biologi marin.


Blue Fleet adalah jenis siput laut, blue Glaucus, ada pula yang menyebut malaikat biru (Blue Angel), juga dikenali dengan nama lain Blue Dragon, salah satu spesies siput laut, nudibranch.


Pelajar biologi marin yang juga seorang jurugambar, Lawrence Shceele berkata, habitat asal Blue Fleet atau nama saintifiknya, blue Glaucus terletak di laut dalam. Angin kencang yang melanda timur laut Sydney mungkin menyebabkan hidupan laut dalam dihanyutkan ke pesisir pantai berkenaan.


Shceele mengikuti perjalanan hidupan yang dinamakan Blue Fleet itu dari Queensland Utara pada musim panas lalu sehinggalah ke pantai timur Sydney.


"Makhuk berwarna biru yang cantik ini dihanyutkan di perairan Sydney hari ini. Mana satu kesukaan anda?," kongsi Scheele di Instagram, miliknya.


Biarpun bersaiz kecil iaitu kira-kira satu sentimeter, hidupan ini memiliki sifat sama seperti obor-obor jenis Portuguese man-o-war yang boleh menyebabkan kesakitan teruk kepada seseorang sekiranya disengat.


"Sesetengah hidupan jenis ini adalah berbisa, jadi lebih baik tidak disentuh. Blue Fleet juga sangat kecil, jadi berhati-hatilah jika terjumpa hidupan ini di tepi pantai," katanya.


Blue Fleet yang ditemukan di pantai Australia.

Ini bukan makhluk aneh lain, tetapi juga seekor
blue dragon sedang bermain dengan bluebutton.

Blue Fleet ketika melintasi permukaan lautan.

Dua spesies blue dragon yang berbeza
size memakan bluebottle.

Blue dragon kecil ini cuba memakan pada
bluebutton yang jauh lebih besar.

Ahad, 17 Jun 2018

Misteri Bukit Graviti Terbalik Objek Menjadi Condong Walaupun Lurus

Misteri Bukit Graviti Terbalik Objek Menjadi Condong Walaupun Lurus


Kawasan yang merupakan hamparan hutan subur ini dianggap 'titik misteri' oleh kebanyakan orang. Hampir kesemua tumbuhan berdiri condong dengan arah kemiringan yang sama, dan ada yang kelihatan hampir tumbang. Fenomena aneh ini menjadi tamparan hebat bagi hukum Graviti Newton.

Fenomena alam yang sangat menakjubkan ini terletak di wilayah Santa Cruz, California, dimana terdapat banyak kejadian pelik yang mungkin membuat kita kebingungan apabila berkunjungi di tempat ini. Jika kita berada disekitar 'titik misteri' ini, seluruh anggota badan tanpa dikehendaki juga terikut condong walaupun berusaha untuk berdiri dengan tegak.

Yang peliknya, walaupun dalam keadaan posisi yang condong dalam sekala yang besar, seluruh benda yang ada disitu tidak akan terjatuh atau kehilangan keseimbangannya. Jika hendak berjalan, langkah kita tetap stabil dan berjalan seperti biasa walau dalam kedudukan posisi condong.

Bila berkunjung ke tempat ini, kita dapat melihat rumah yang hampir roboh padahal sebenarnya masih kukuh. Penyapu yang boleh berdiri sendiri dalam kedudukan condong. Pengunjung juga boleh mencuba berdiri ditembok dalam posisi hampir jatuh namun hakikat ianya stabil.


Peliknya lagi apabila haiwan-haiwan menghuni hutan tersebut tidak ada yang mahu merangkak dan mencari makan disekitar titik misteri ini, haiwan itu mungkin ketakutan. MysterySpot membuktikan akan kelemahan teori Gravitasi, Sir Issac Newton dengan hukum gravitasinya menyatakan bahawa semua benda akan ditarik kearah semua benda lainnya oleh kekuatan graviti.

Kekuatan ini bergantung pada seberapa banyaknya zat yang tergantung dalam benda dan pada jarak diantaranya. Hukum itu menerangkan mengapa orbit planet dan bulan berbentuk elips. Hukum itu menerangkan juga gerakkan semua benda dalam alam semesta yang maha luas.


Dengan adanya fenomena aneh ini, hukum graviti Newton yang bertahan kurang lebih selama 4 abad mungkin sudah tiba waktunya untuk di Revolusi. Namun pada ketika ini, para ilmuwan belum dapat menjelaskan bagaimana fenomena ini boleh terjadi. Fenomena alam ini belum dipecahkan misterinya, menjadi rahsia dunia hingga hari ini.

Mungkin ada di antara kamu yang belajar fizik mempunyai sebuah teori. Anda mungkin boleh menjawab persoalan ini dan memberikan penjelasan bagaimana fenomena ini boleh berlaku. Sebenarnya, fenomena seperti ini tidak hanya terjadi diwilayah Santa Cruz, California sahaja.

Di tempat lain juga ada fenomena alam sebegini, selain di USA, di wilayah Eropah juga dapat ditemui sekitar Warsawa, Polandia. Fenomena serupa juga terdapat di sebuah wilayah di India, China, Malaysia dan beberapa tempat lain di dunia.


Sabtu, 16 Jun 2018

Bukit Magnet Di India Mampu Menarik Kereta Naik Keatas

Bukit Magnet Di India Mampu Menarik Kereta Naik Keatas


Di bumi ini masih banyak misteri dunia yang belum dijelaskan dengan sempurna. Beberapa keajaiban di muka bumi masih terus menjadi bahan pengkajian yang belum ada penjelasan yang komprehensif dan jelas. Salah satunya adalah misteri 'bukit Graviti' di India, dari kata lain benda ini bermaksud bukit magnetik.

Pada teorinya apabila sesuatu kenderaan menaiki bukit mesti agak sukar dan berat, tapi bukit magnetik di negara India ini pula sebaliknya apabila ada tarikan graviti menghala ke atas bukit. Ini membuatkan kita tercenderung bergerak ke atas bukit berbanding jatuh ke bawah.

Bukit magnetik di India ini dikatakan mampu menarik kereta (gear free) naik ke atas bukit dengan agak laju seakan seperti di tolak 3 orang. Juga dikabarkan, jika kapal terbang atau helikopter lalu kawasan ini akan terasa satu tarikan yang kuat membuatkan pesawat tersebut sukar dikawal. Jadi juruterbang di nasihatkan membawa pada ketinggian dan kelajuan tertentu.


Misteri bukit magnetik ini sebenarnya bukan hanya di India atau namun ada lagi beberapa tempat di dunia ini. Di Malaysia juga terdapat bukit magnetik yang terletak di Sabah yang mungkin ramai yang belum tahu khususnya penduduk Sabah itu sendiri.

Namun begitu, ada juga sebilangan individu mendakwa bukit magnetik ini sebenarnya tidak benar. Ianya cuma satu permainan ilusi optik, dari catatan yang menyangkal perkara ini mengatakan ia bukan cerun, bukit yang kelihatan menaiki sebenarnya menurun. Disebabkan optik mata kita melihat ia seperti menaik disebabkan persekitaran, menyebabkan kita rasa perkara yang berbeza.

Apa-apa pun, semua kejadian ini ada sebabnya, dan banyak lagi perkara di dunia ini yang sukar dirungkai oleh fikiran logik kita. Belum ada penjelasan jelas tentang penyebab fenomena ini. Yang pasti bukit itu memiliki kekuatan magnet yang amat besar. Apa pendapat anda tentang fenomena ini?