Sabtu, 12 September 2026

'Warga asing makin berani, dah meniaga haram boleh pula call polis'


Lagak seorang lelaki warga asing yang dipercayai berniaga di kaki lima tanpa lesen dan permit sah di Bukit Bintang mengundang kecaman orang ramai.


Kegiatan lelaki itu didedahkan melalui sebuah video tular di Facebook pempengaruh, Awie Mbr, semalam.


Awie Mbr berkata, dia bersama beberapa orang lelaki hadir ke kawasan tersebut bagi melihat etnik Rohingya sebelum tiba-tiba didekati seorang lelaki warga asing yang didakwa tidak berpuas hati kerana dia pernah menularkan perniagaan warga asing itu yang dipercayai tidak mempunyai lesen, sebelum ini.


"Pak Arab tiba-tiba sergah kami lepas kami melawat Rohingya! Dia marah Abang Koroy tularkan perniagaan haram dia sebelum ni? Takkan nak puji perniagaan haram dia kot? Siap jual nama Allah punya bumi.


"Warga asing siap 'call' (hubungi) polis tu sebab tularkan dia meniaga haram di kaki lima, sekarang ni siapa warga asing?," tulis kapsyen pada hantaran video tersebut.


Warga asing itu bagaimanapun didakwa tidak mahu berganjak dari lokasi dan menegaskan mereka bukanlah kakitangan kerajaan atau pihak berkuasa yang boleh mengusirnya daripada berniaga di kawasan itu.


Keadaan kemudian menjadi tegang apabila dikatakan lelaki tersebut didakwa mula berkasar dan mengugut mahu menghubungi polis dan dakwa diganggu kumpulan terbabit.


Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan warga asing terbabit selain berharap pihak berkuasa lebih tegas dalam membanteras peniaga tidak berlesen.


EmoticonEmoticon