Rabu, 24 Mac 2021

Lompatan 'luar biasa' melintasi pagar tindakan pekerja asing lari enggan diperiksa


Aksi seorang pekerja asing yang enggan diperiksa bertindak luar jangkaan terjun melintasi pagar dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu di sebuah tapak pembinaan di Kampung Pulau Kudat, Hulu Terengganu.


Bagaimanapun, warga asing berkenaan akhirnya berjaya ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa imigresen setelah gagal melarikan diri.


Pengarah Imigresen Negeri, Tuan Ungku Joha Ungku Mohamad berkata, dua pekerja asing diperiksa di lokasi berkenaan dan seorang daripadanya merupakan warga Indonesia ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.



Beliau berkata, operasi disertai 15 pegawai penguat kuasa itu bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang melibatkan tujuh lokasi pembinaan di sekitar Hulu Terengganu.


Sebahagian pekerja asing diperiksa dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu di tujuh lokasi pembinaan di Hulu Terengganu.


"Seramai 11 pekerja asing ditahan dalam operasi kali ini melibatkan enam kesalahan iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah manakala lima kesalahan lagi gagal mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dengan melanggar syarat pas diberikan," katanya, pada Rabu.


Beliau berkata, dalam operasi tersebut pihak imigresen telah memeriksa seramai seramai 40 pekerja terdiri daripada 27 warga asing dan 13 warga tempatan.


Sebahagian pekerja asing diperiksa dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu di tujuh lokasi pembinaan di Hulu Terengganu.


EmoticonEmoticon