Sabtu, 27 Mac 2021

Dapat gaji 91,500 keping duit syiling bercampur minyak


Seorang lelaki dari Georgia dikenali Andreas Flaten yang berkerja di sebuah pusat servis kenderaan tidak menerima cek terakhir setelah tempoh perkhidmatannya di syarikat itu berakhir. Syarikat itu terus menahan gaji Andreas hingga pertengahan bulan ini.


Menurut laporan Fox 13 News, Flaten mengatakan berjuang untuk mendapatkan gaji terakhir itu sehingga menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Georgia untuk mendapatkan bantuan. Kini, dia telah mendapatkan kembali gaji yang berjumlah $915 (RM3,798) itu tetapi tidak seperti yang dia harapkan.


Dia dibayar dengan menggunakan duit syiling sebanyak 91,500 keping. Lebih malang, syarikat itu turut menuang minyak pada timbunan duit syiling tersebut sebelum memberikan kepada Flaten.



Andreas Flaten menyifatkan majikannya sebagai bersikap kebudak-budakan hanya kerana dia kecewa apabila Andreas mengkhabarkan bahawa dia akan berhenti kerja dengan menyerahkan notis dua minggu kepada majikannya, kerana tidak tahan dengan persekitaran di tempat kerja.


Menurut lelaki itu, sehinggalah suatu hari apabila dia baru hendak keluar rumah, dia menemui longgokan duit syiling yang berisi minyak di depan rumahnya, dengan slip gajinya dijumpai di dalam sebuah sampul surat yang bertulis 'f**k you'.


Duit syiling itu kini berada di dalam kereta sorong dan diletakkan di dalam garajnya, duit yang banyak dan berat itu telah membuatkan tayar kereta sorong itu kempis.


Lelaki itu mengatakan rutin barunya kini ialah duduk di garajnya pada waktu malam dan membersihkan duit dengan larutan sabun, cuka dan air. Pun begitu, ia sebenarnya sangat sukar untuk dibersihkan. Dia memerlukan kira-kira setengah jam untuk membersihkan beberapa ratus.


Apabila ditemui untuk mendapatkan penjelasan, majikannya berkata dia tidak ingat melakukan perkara itu, dan berkata bahawa apa yang penting adalah gaji bekas pekerjanya itu telah dibayar. Sumber: Fox 13 News



EmoticonEmoticon