Sabtu, 10 Mac 2018

Misteri penemuan 7 piramid di Tasik Chini cetus kegemparan

Gambar hiasaan

Sebelum ini, bangunan berbentuk piramid dijumpai dalam banyak tamadun purba seluruh dunia sejak ribuan tahun lalu antaranya di Mesir, Mexico, Peru, Iraq dan China sehingga menimbulkan persoalan mengenai fungsinya yang merentasi benua dan budaya tamadun berbeza.


Beberapa tahun dahulu, heboh diceritakan bahawa terdapat piramid tersembunyi di bawah bukit di pedalaman kawasan hutan di Pahang, Malaysia, piramid tersebut kini dilitupi hutan dan kelihatan seperti sebuah bukit atau gunung kecil, namun kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan.


Pada 10 Disember 2007, akhbar New Straits Times ada melaporkan penemuan tujuh bukit yang berkemungkinan berasal daripada piramid yang dibina di Tasik Chini, Pahang hampir 1,000 tahun lalu. Laporan itu mencetuskan rasa terkejut di kalangan rakyat Malaysia yang tidak menyangka binaan misteri piramid turut wujud dalam alam Melayu pada zaman dulu kala.


Mengikut laporan akhbar berkenaan, piramid itu berkemungkinan dibina Kerajaan Khmer kuno yang berpusat di Kemboja serta memerintah dari tahun 802 hingga 1432 serta meluaskan jajahan takluknya sehingga Tasik Chini sepanjang tempoh itu.


Mengikut teori, ratusan tahun selepas empayar itu berakhir, piramid itu ditinggalkan sehingga ditimbus tanah dan ditumbuhi pohon menyebabkan ia berubah menjadi bukit yang dipenuhi belantara. Tapak kota sekitar piramid pula dipercayai tenggelam dalam Tasik Chini.


Kini, kawasan di sekitar bukit telah dibersihkan untuk memberi ruang kepada aktiviti pertanian di sekitarnya. Beberapa serpihan mangkuk porselin telah ditemui di sekitar bukit tersebut dan menguatkan lagi bukti bahawa kawasan tersebut suatu masa dahulu merupakan sebuah kawasan peradaban yang pesat sewaktu kegemilangan empayar Khmer.


Ketenangan Tasik Chini menyimpan 1,001 misteri.

Menurut catatan sejarah, ibukota empayar Khmer ialah di Siem Reap dan berkemungkinan Tasik Chini merupakan antara kota jajahan takluk empayar tersebut. Merujuk kepada sejarah empayar ini mencapai kemuncak kegemilangan sekitar abad ke-13, sebelum berlaku perebutan kuasa antara pembesar hingga menyaksikan empayar ini terkubur pada abad ke-15.


Sejak laporan akhbar itu diterbitkan, dipercayai tiada kajian lanjutan dilakukan tetapi pendedahan itu timbulkan banyak persoalan dan teka-teki mengenai misteri binaan piramid yang sudah ribuan tahun membingungkan minda penyelidik di seluruh dunia.


Mitos piramid di Tasik Chini terus dirungkai. 


Proses pembinaan piramid amat misteri


Dengan tanggapan kemampuan sains dan teknologi di dunia baru berkembang beberapa ratus tahun kebelakangan ini, pasti sukar mengandaikan bagaimana bangunan amat besar itu mampu dibina pada ribuan tahun lalu.


Bayangkan, untuk membina bangunan raksasa pada masa kini, manusia memerlukan pakar kaji bumi, jurutera, arkitek dan pelbagai jentera yang dibina berasaskan teknologi bagi mengangkat bahan berat dan menyudahkan binaan.


Justeru, adakah terdapat pakar dalam bidang fizik, kejuruteraan, binaan dan jentera hebat pada ribuan tahun lalu yang digunakan untuk membina piramid? Pembinaan piramid ternyata amat rumit dan piramid di Mesir misalnya dibangun menggunakan anggaran kira-kira dua juta batu dengan berat setiap satu antara dua tan hingga 15 tan.


Walaupun proses pembinaan piramid amat sukar, suatu yang aneh ialah bangunan itu dibina dengan banyaknya iaitu terdapat 138 piramid di Mesir, sekali gus membayangkan pentingnya piramid dibina dalam kepercayaan Mesir kuno, kira-kira 3,000 tahun lalu.


Piramida di Giza, Mesir.

6 comments

yakin je kerajaan khmer masuk semananjung....

Sembang nk buat cerita gempak

napa tiada tindakan susulan... merujuk khmer mungkin sepatutnya ialah kerajaan melayu champa yang berpusat di kemboja hari ini

Manusia tidak habis-habis membuat kajian dan penyelidikan sehingga kadangkala menemui sesuatu yang tidak masuk akal

Apakah anda m'anggap seorg manusia bgelar firaun istiharkn dirinya sendiri adalah tuhan bsandarkn ciri² personal semata²? Piramid itu baru skadar tmpat perkuburannya yg Allah kekalkn bg manusia² yg ada akal untuk bfikir. So, Al-Quran pencetus kekaguman seluruh alam sejagat.


EmoticonEmoticon