Isnin, 1 Mac 2021

Anak Gajah setia jaga ibu sakit, mengusir sesiapa sahaja yang menghampiri


Pada September 2013 beberapa tahun lalu, tular gambar seekor ibu rusa seperti yang diperkatakan netizen (sebenarnya impala betina), mengorbankan dirinya untuk dimakan sekumpulan cheetah demi menyelamatkan kedua anaknya.


Pada awalnya cheetah mengintip kedua anaknya. Ibu impala yang tahu akan bahaya pada kedua anaknya berusaha menarik perhatian sekumpulan cheetah itu, sehinggakan dia merelakan dirinya menjadi mangsa supaya fokus cheetah tertumpu padanya dan kedua anaknya boleh lari lepaskan diri.


Ibu impala itu tidak melawan sedikit pun dan kelihatan tenang sambil matanya terus mengawasi kedua anaknya yang terus berlari meninggalkannya. Gambar kejadian itu diambil oleh jurugambar "WildLife", Alison Buttigieg.


Kisah gajah ini hampir sama dengan Impala betina tadi, apabila seekor anak gajah menjaga induknya yang sakit di sebuah ladang getah di Thailand, semalam.



Pasukan doktor haiwan yang dipanggil untuk merawat seekor gajah liar betina yang sakit di wilayah Chantaburi mendapati pesakit mereka dikawal oleh seekor gajah lebih muda dipercayai anaknya, lapor portal berita The Nation.


Gajah sakit berusia sekitar 20 tahun itu ditemui terbaring di atas tanah di sebuah ladang getah dan dilindungi anak gajah jantan berusia antara dua hingga tiga tahun. Anak gajah itu mengusir sesiapa sahaja yang menghampiri induknya.


Pasukan veterinar dan renjer hutan itu menembak ubat pelali pada anak gajah itu sebelum merawat induknya menggunakan suntikan glukosa, vitamin dan ubat lain.


Ibu gajah itu dibiarkan sembuh selama semalaman. Sekiranya haiwan itu tidak berupaya bergerak hari ini, pasukan tersebut merancang membantunya berdiri menggunakan sebuah win dari Hospital Haiwan Nern Plub di Pattaya.





EmoticonEmoticon