Isnin, 26 Oktober 2026

Dua wanita lain turut berada di rumah ketika duda, janda dicekup berkhalwat

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Sepasang lelaki dan wanita warga Indonesia, masing-masing berstatus duda dan janda, ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Desa Jaya, di sini, Sabtu lalu.


JAINJ dalam kenyataan memaklumkan, pasangan berusia 41 dan 38 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima aduan awam sebelum menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan.


Menurut kenyataan itu, penguat kuasa yang tiba di lokasi mendapati rumah berkenaan dalam keadaan terang dengan beberapa motosikal diletakkan berhampiran.


Pemeriksaan di tingkat atas membawa kepada penemuan pasangan terbabit di dalam sebuah bilik yang pintunya tertutup.


Selepas beberapa kali pintu diketuk dan salam diberikan, lelaki berkenaan membuka pintu sebelum penguat kuasa memperkenalkan diri serta menunjukkan kad kuasa.


Pemeriksaan mendapati wanita terbabit berada di atas tilam di dalam bilik yang hanya dilengkapi tilam dan peralatan tidur tanpa katil.


Pasangan itu kemudian mengaku bukan suami isteri. Lelaki berkenaan bekerja sebagai buruh binaan, manakala wanita terbabit bekerja sebagai pembantu kedai makan.


Pemeriksaan di dua bilik lain turut menemukan dua wanita warga Indonesia yang mendakwa menyewa bilik secara berasingan dan bekerja di kawasan berhampiran.


Kedua-duanya memaklumkan tidak mengenali lelaki terbabit serta mendakwa tidak sepatutnya ada lelaki berada di rumah itu. Mereka juga mendakwa pernah menasihati wanita berkenaan, namun teguran tidak diendahkan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 berkaitan kesalahan khalwat.

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon