Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan cabaran Ironman Malaysia 2025 di Langkawi hari ini dengan catatan masa di bawah 13 jam.
Berdasarkan perkongsian di Facebook, Syed Saddiq mencatat masa 12 jam 22 minit sekali gus meraih sumbangan RM1 juta bagi penduduk di bawah Parlimen Muar.
"Terima Kasih" ucap beliau menerusi satu hantaran video ringkas memaparkan dirinya menamatkan cabaran itu dikongsikan di media sosial, malam ini.
Terdahulu media melaporkan, Ahli Parlimen berusia 33 tahun itu bertekad menamatkan acara sukan lasak terulung negara, Ironman Malaysia 2025 dengan tempoh 13 jam, sebagai menyahut cabaran syarikat fesyen tempatan, Primavalet.
Pengeluar jenama pakaian popular itu menawarkan RM1 juta untuk Muar, sekiranya Syed Saddiq berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh berkenaan.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyahut cabaran terbabit dan menegaskan ia semata-mata demi kepentingan rakyat dan usahanya membantu penduduk Parlimen Muar.


EmoticonEmoticon