Seorang pekerja kilang di Bang Nam Priao, wilayah Chachoengsao di Thailand hilang tanpa jejak selepas menyelam ke dalam sebuah kolam untuk mendapatkan burung yang diburu, lapor laman berita Thaiger pada 30 Jun 2025.
Dalam kejadian pada 29 Jun lalu, mangsa, Surapong, dikatakan pergi memburu burung berhampiran sebuah kolam ketika hari cuti.
Selepas menembak burung, dia dipercayai menyelam ke dalam kolam dipenuhi dengan pokok teratai untuk mengambil burung yang jatuh.
Rakan mangsa, Nanphet, 47, berkata, lelaki itu mungkin mengalami kekejangan atau tersangkut pada pokok teratai atau akar cattail sebelum hilang di bawah air.
Unit penyelamat wilayah Chachoengsao berserta tiga anggota penyelam dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa di kolam sedalam tiga meter itu, namun gagal.
Isteri mangsa yang turut berada di tempat kejadian meraung melihat pakaian mangsa ditinggalkan di tepi kolam.
Usaha mencari diteruskan keesokan harinya namun sehingga kini, mangsa dilaporkan masih tidak ditemukan. - Sumber The Thaiger.
EmoticonEmoticon