Khamis, 4 Mac 2021

Tindakan berani tentera Thailand selamatkan 4 ekor Kucing atas bot yang terbakar dipuji masyarakat


Seorang anggota tentera laut Thailand berjaya menyelamatkan empat ekor kucing yang ditinggalkan kru sebuah kapal karam berikutan kebakaran di Laut Andaman, pada selasa lalu.


Tentera laut yang dihantar ke kapal tersebut untuk memeriksa tumpahan minyak, mendapati Bot nelayan Phamonsin Nava 10 terbakar kira-kira 13 kilometer dari pulau syurga Koh Adang.


Walaupun semua kru telah dipindahkan, namun didapati ada beberapa kucing-kucing berkumpul di atas kayu yang ditinggalkan di atas kapal yang semakin karam itu, menurut akhbar The Nation.


Seorang anggota tentera laut, Wichit Pukdeelon yang melihat kucing-kucing tersebut masih berada di atas kapal, terus terjun ke laut untuk menyelamatkan kesemuanya.


"Saya menggunakan kamera saya untuk memperbesarkan kapal dan saya melihat satu atau dua kucing keluarkan kepala," kata Petugas Kelas Pertama Wichit Pukdeelon dari bahagian pertahanan udara dan pesisir tentera laut.



Berdasarkan foto-foto yang diambil, kesemua makhluk comel itu kelihatan berpaut pada bahagian tepi kapal yang masih belum tenggelam. Dengan semangat dan keprihatinan luar biasa anggota tentera tersebut berjaya menyelamatkan kesemuanya. 


'Mangsa-mangsa' berkenaan, tiga daripada empat kucing itu dimasukkan ke dalam guni, manakala seekor lagi dibiarkan berpaut pada bahunya sebelum dibawa naik ke atas kapal penyelamat. Dalam masa sama, kapal yang musnah terbakar itu akhirnya tenggelam perlahan-lahan dan kesemua mangsa termasuk kucing dibawa ke tempat selamat.


Kucing-kucing yang diselamatkan itu, kini dijaga oleh penyelamat di pos komando. Tindakan pantas mereka menyelamatkan nyawa kucing itu mendapat perhatian media dan rakyat Thailand.







EmoticonEmoticon