Sabtu, 28 November 2020

Aktiviti pelacuran dalam talian, Pelakon filem, Instafamous ditahan


Jakarta: Polis Indonesia telah menahan dua selebriti wanita dipercayai terlibat dalam pelacuran dalam talian. Namun, polis masih tidak mendedahkan identiti dua artis berkenaan pada masa ini.


Selain mereka, polis turut menahan dua individu lain iaitu seorang lelaki dan seorang wanita. Lelaki tersebut dipercayai berperanan sebagai bapa ayam. 


Polis Tanjung Priok, Paksi Eka berkata, keempat-empat suspek ditahan di sebuah hotel lima bintang di kawasan Sunter, Jakarta Utara.


"Lelaki itu dipercayai berperanan sebagai bapa ayam, manakala dua artis berkenaan adalah seorang pelakon filem dan sinetron dan seorang Instafamous," katanya.


Dalam pada itu, gambar penahanan kedua-dua selebriti itu tular di media sosial. Menerusi gambar berkenaan, artis berkenaan yang memakai jaket hanya menundukkan kepala ketika pemeriksaan pihak berkuasa.


Tribunnews melaporkan, sehingga berita ini ditulis, polis masih tidak mendedahkan identiti dua artis berkenaan. Bagaimanapun, difahamkan, setakat ini, status kedua-dua artis berkenaan masih lagi sebagai saksi.


Pelacuran dicatatkan sebagai kerjaya paling tua di dunia, ada dimana-mana negara. Tidak terkecuali, segelintir Instafamous (selebriti Instagram) turut disyaki terbabit menggadai maruah untuk mendapatkan duit dengan mudah.


EmoticonEmoticon