Ahad, 15 November 2020

Curi, jual kambing untuk kegunaan sambut perayaan, pasangan kekasih ditahan


Butterworth: Sepasang kekasih mencuri dan menjual kambing untuk mencari wang kegunaan menyambut Deepavali akhirnya ditangkap polis. Tindakan itu membawa padah apabila mereka ditahan polis di Mak Mandin, di sini, semalam. 


Pasangan berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan sekitar pukul 9.30 malam selepas didapati mencuri enam ekor kambing milik seorang lelaki di bandaraya ini. Pihak polis bertindak selepas menerima laporan dari pengadu dan berjaya menangkap beberapa yang terlibat. 


Menurut Noorzainy, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 32 tahun berhubung kehilangan enam ekor kambing peliharaan di kandangnya pada 10 November lalu.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, turut ditahan bersama pasangan itu, seorang lelaki berusia 35 tahun yang membeli kambing berkenaan.


"Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun bersama dua ekor kambing curi yang dibeli daripada seorang lelaki dan wanita,"


Polis kemudian menahan pasangan berkenaan dan mereka mengaku telah menjual semua kambing tersebut pada harga RM300 untuk dua ekor.


"Empat ekor kambing sudah berjaya dijual manakala dua ekor berjaya ditemui semula.


"Ketiga-tiga individu termasuk lelaki yang membeli kambing curi itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau," katanya hari ini.


Noorzainy berkata, pasangan kekasih tersebut dipercayai menjalankan kegiatan tersebut untuk mencari wang bagi menyambut perayaan Deepavali. Kesemua mereka kini direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.


EmoticonEmoticon