Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Ahad, 4 Mac 2018

Raja Mansa Musa Adalah Manusia Terkaya Sepanjang Sejarah Umat Manusia

Raja Mansa Musa Adalah Manusia Terkaya Sepanjang Sejarah Umat Manusia


Apabila kita mendengar soalan siapakah yang paling kaya di dunia, nama seperti Bill Gates pasti terbayang difikiran. Namun pernahkah kamu membaca fakta siapa sebenarnya orang terkaya di muka bumi sepanjang sejarah umat manusia? Fakta membuktikan bahawa orang terkaya di muka Bumi adalah Raja Mansa Musa (I) merupakan pemerintah kerajaan Mali.

Raja Mansa Musa (I) memimpin Kerajaan Mali di Afrika Barat pada tahun 1307. Dia menghasilkan keuntungan dengan nilai mencengkam garam dan emas negaranya. Pada ketika itu nilai garam hampir setara dengan nilai emas. Dia yang dilahirkan pada tahun 1280an turut memperluas pemerintahan di Mali dengan menaklukkan 24 kota dan daerah sekitarnya.

Pada saat kematiannya pada tahun 1337, Mansa Musa mengumpulkan kekayaan yang mungkin terlalu banyak untuk dibayangkan. Dengan menyesuaikan tingkat inflasi ketika ini, nilai hartanya dianggarkan lebih dari USD400 bilion atau lebih kurang RM1.7 trilion. Pada puncak kegemilangan di bawah kepemimpinan Raja Mansa Musa (I), wilayah kekuasaannya membentang lebih 3218 kilometer di Afrika Barat.

Bermula dari lautan Atlantik ke Timbuktu, termasuk wilayah yang sekarang menjadi negara Chad, Pantai Gading, Gambia, Guiena, Guinea Bissau, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria, dan Senegal. Selain menggabungkan berbagai kota di bawah pemerintahannya terutama Timbuktu dan Gao, dia juga mengumpulkan upti dari wilayah kekuasaannya.

Ketika pemerintahan Raja Mansa Musa (I) dipuncak kegemilangan, Eropah pula masih berjuang menghadapi kelaparan, wabak, dan peperangan yang tidak henti-henti dari para bangsawan, kerajaan di Afrika pula terus berkembang pesat masa itu.

Mansa Musa, Raja Mali di Afrika

Kisah rombongan Mewah Raja Mansa Musa (I) ketika Naik Haji menempuh perjalanan lebih kurang 5000 kilometer menuju Makkah. Rombongannya di iringi puluhan ribu bala tentera dan para putera. 500 bentara membawa bongkah emas, sejumlah unta dan kuda membawa kepingan emas dalam jumlah besar turut dibawa bersama. Raja Mansa Musa juga membawa isterinya, Inari Konte dan ratusan dayang-dayang.

Dia membina masjid disepanjang perjalanan ketika berhenti antaranya di Dukurey, Gundam, Direy, Wanko, dan Bako. Sebahagian masjid tersebut masih berdiri hingga ke hari ini. Diceritakan juga apabila rombongan Raja Mansa Musa berjumpa dengan pedagang, maka akan dibeli barang mereka dengan wang emas. Dia juga menghabiskan banyak hartanya dengan memberikan emas pada orang miskin sepanjang perjalanan mereka.

Sepanjang Raja Mansa Musa di Mesir, harga emas jatuh teruk masa itu. Harga barangan dan makanan pula meningkat naik kerana emas berada di mana-mana, menyebabkan inflasi melonjak di kota itu, mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih semula. Lebih dari setahun masa diambil oleh rombongan Raja Mansa Musa (I) untuk menyelesaikan perjalanannya dan kembali pulang ke Mali.

Artikel ini berdasarkan fakta yang mempunyai rekod. Ada yang lebih kaya dari Raja Mansa Musa (I) ini. Seperti yang kita pernah dengar, diceritakan dalam Al-Qur’an, orang-orang ini jauh lebih kaya dari Raja Mansa Musa. Antaranya Qarun, Nabi Sulaiman, Iskandar Zulkarnain dan lain-lain yang tidak dicatatkan dalam sejarah moden.

Mansa Musa, Raja Mali di Afrika

Rabu, 21 Februari 2018

Digelar 'Bandar Hantu' Pulau Hashima Terbiar Puluhan Tahun Ditengah Lautan

Digelar 'Bandar Hantu' Pulau Hashima Terbiar Puluhan Tahun Ditengah Lautan

Bandar Hashima, bandar hantu

Pulau Battleship Island atau dalam bahasa Jepun disebut Gunkanjima merupakan sebuah bandar usang yang terletak ditengah lautan. Nama sebenar pulau ini adalah Hashima berjarak kira-kira satu jam perjalanan dari pantai barat Nagasaki. Terdapat dinding konkrit setinggi 12 meter dari paras laut mengelilingi pulau yang membentuk seperti sebuah kapal.

Pada awalnya, tempat ini hanyalah kawasan lombong arang batu, disebabkan perjalanan ulang-alik dari tanah besar agak jauh. Pulau ini kemudian dijadikan penempatan pelombong bersama keluarga masing-masing dari tahun 1950 hingga 1974.

Tahun 1960-an, merupakan tahun paling padat penduduk kira-kira 5,000 orang apabila ia dibangunkan menjadikan sebuah bandar. Hampir kesemua kemudahan diwujudkan di pulau ini antaranya pelbagai jenis kedai, restoran, sekolah, pawagam, hospital dan terdapat beberapa kolam renang.

Beberapa tahun kemudian pada tahun 1974, ia telah ditutup apabila permintaan terhadap arang batu merosot disebabkan minyak Petroleum mengambil alih sebagai bahan bakar. Kesemua pelombong arang batu dan keluarga mereka berpindah ke bandar-bandar yang lebih besar mencari pekerjaan lain.

Sejak itu, pulau Hashima tidak berpenghuni beberapa dekad. Dalam tempoh itu tiada siapa yang mengunjungi pulan ini, mungkin disebabkan tempat ini terdedah dan berbahaya, seringkali dilanda taufan dan ribut sehingga kewujudan pulau ini seakan telah dilupakan.

Bandar Hashima, bandar hantu


Pulau Hashima mula mendapat perhatian pada tahun 2008 apabila sebuah organisasi mencadangkan, pulau ini diwartakan salah satu warisan dunia UNESCO. Selain itu, pulau ini semakin terkenal apabila dijadikan salah satu lokasi pengambaran filem terkenal Skyfall siri James Bond 007.

Pada tahun 2009, pulau ini kemudian dibuka kepada umum untuk tujuan pelancongan dan ramai pelawat mula mengunjunginya. Pun begitu, tidak ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di pulau ini. Pengunjung hanya dapat mengamati runtuhan-runtuhan bangunan dalam persekitaran yang menakutkan.

Bagaimanapun, bagi pengunjung yang datang cari kelainan, mungkin tempat ini sesuai bagi mereka. Banyak harta benda dan kelengkapan masih terdapat di sini yang ditinggalkan penduduknya. Selepas Pulau ini dibuka kepada umum atas tujuan pelancongan, ciri-ciri keselamatan dipasang untuk kemudahan pelancongan.

Hashima city, ghost city

Hashima city, ghost city

Bandar Hashima, bandar hantu






Bandar Hashima, bandar hantu

Jumaat, 16 Februari 2018

Sejarah Pembinaan Tembok Besar China menjangkau Masa Ribuan Tahun

Sejarah Pembinaan Tembok Besar China menjangkau Masa Ribuan Tahun

Great Wall, sejarah pembinaan tembok besar China

Tembok besar China sepanjang 8,850 kilometer merupakan salah satu dari 7 keajaiban dunia. Membentang dari Shanhaiguan di sebelah timur, merentasi sempadan China dan Manchuria hingga ke Lop Nur, di sebelah tenggara daerah otonomi Xinjiang Uygur.

Pembinaan tembok besar ini tersangat lama mejangkau waktu beribu tahun dan beberapa dinasti, melibatkan ratusan ribu orang yang kebanyakannya terkorban sewaktu era pembinanya.

Sejarah Pembinaan Tembok Besar China

Tembok Besar China pada mulanya dibina untuk melindungi negara dari serangan musuh. Maharaja Qin Shihuang, yang meneruskan dan mengawal pembinaan dinding pertahanan itu menjadi Tembok Besar China, sepanjang 2,414 kilometer ketika era dinasti Qin.

Di zaman Dinasti Ming, rancangan meneruskan pembinaannya disempurnakan menjadi tembok sepanjang 8,850km seperti yang ada sekarang ini. Maharaja Qin Shihuang atau lebih dikenali dengan Shi Huang Ti, adalah pemerintah yang paling berkuasa ketika itu telah menyatukan seluruh daratan China sekitar tahun 221 SM.

Shi Huang Ti juga dikenali seorang pemerintah diktator. Namun, ia juga membawa banyak kemajuan bagi empayarnya ketika itu. Seperti memperkenalkan sistem mata wang, menyederhanakan aksara China, dan memajukan sistem pendidikan.

Great Wall, sejarah pembinaan tembok besar China

Maharaja Shi Huang Ti mengarahkan lebih 300 ribu orang untuk melakukan kerja paksa membina Tembok Besar China. Selama 10 tahun pembinaannya, puluhan ribu orang terkorban dan rata-rata mereka mati akibat kelaparan dan keletihan. Tidak hairan jika Tembok besar China pernah di gelar Perkuburan terpanjang di Dunia.

Mengikut cerita, mangsa yang meninggal akan dikebumikan disepanjang dindingnya. Rakyat China sendiri mengelar dinding tersebut 'Dinding 10,000 Li.' Nama ini tidak hanya menggambarkan sejauh mana panjangan tembok berkenaan, tetapi juga sejarah pembina yang terlalu lama sehingga merentasi beberapa Dinasti.

Bermula di tahun 656 SM oleh negara Chu, hingga zaman Dinasti Ming, 2,700 tahun kemudian. Kerana kemegahannya, Tembok Besar China yang tersohor di dunia ini diabadikan sebagai salah satu tujuh keajaiban dunia oleh UNESCO, menyenaraikan tembok megah ini sebagai salah satu warisan dunia pada tahun 1987 diberi nama 'The Great Wall of China.'

Dinding Tembok besar ini setinggi sekitar 4 meter hingga 8 meter, dan lebar antara 3 meter hingga 9 meter. Tembok ini juga boleh dilihat diketinggian 160 kilometer hingga 320 kilometer dari atas langit.



Fakta lengkap sejarah pembinaan Tembok Besar China dari awal.
  • 770 - 476 SM: Negara Chu memulai pembinaan Tembok Besar China.
  • 476 - 221 SM: Tujuh negara terkuat mendirikan Tembok Besar untuk melindungi wilayah masing-masing.
  • 221 - 202 SM: Maharaja Sin Shihuang (Dinasti Qin) memerintahkan pembina Tembok Besar di wilayahnya.
  • 119 SM: Dinasti Han membina Tembok Besar China di Provinsi Gansu, setelah mendesak Suku Xiang Nu jauh ke utara Gurun Gobi.
  • 1368 - 1644: Dinasti Ming membina Tembok Besar China sepanjang 6,350km dengan dua gerbang utama, Shanhaiguan dan Jiyugun.

Penghujung Tembok Besar China

Penghunjung Tembok Besar China di barat berakhir di Top Lake, sedangkan penghujung timurnya berakhir di Shanhaiguan, Laut Bohai. Shanhaiguan atau Shanhai Pass digelar sebagai 'Old Dragon's Head', atau disebut juga dengan 'Laolongtou', disini terdapat menara pemantau dan juga sebuah kuil.

Shanhaiguan berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Laolongtou dibahagi menjadi tujuh bahagian, iaitu Estuary Stone City, Menara Chenghai, Nereus Temple, Jinglu Beacon Tower, Nanhaikou Pass, Ningchai City, dan Binhai Walls.

Dua tempat paling popular dikunjungi oleh pelancong adalah Changtai Tower dan Nereus Temple. Changtai Tower adalah bangunan dua tingkat dengan struktur kayu dan bata, berfungsi sebagai menara pemantau. Manakala Nereus Temple tersohor kerana pernah didatangi para Maharaja di masa Dinasti Qing.


Rabu, 10 Januari 2018

Kisah Kewujudan Ratusan Kereta Usang Terbiar Dalam Hutan

Kisah Kewujudan Ratusan Kereta Usang Terbiar Dalam Hutan

Kubur kereta paling besar di dunia

Pemandangan unik ini seakan memaparkan koleksi kereta klasik disusun rapi di tengah-tengah hutan. Walaupun kereta-kereta ini sudah berkarat dan ditumbuhi hidupan liar namun ia tetap melahirkan suasana romantik kepada pengunjung. Ia terletak berhampiran Chatillon di Wallonia, Belgium.

Beratus-ratus kereta yang berbaris di jalan lama ini seakan ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa. Tumbuhan menjalar seperti pokok anggur dan daun-daun yang gugur telah menyelimuti kereta usang ini. Kereta-kereta ini sudah terbiar begitu lama dan alam semulajadi mengambil alih.

Lumut yang menutupi seperti gaya cat baru menghiasi pintu dan bumper kereta. Pengunjung yang datang melihat kereta-kereta usang itu berpandapat bahawa, ia mungkin milik tentera Amerika, yang disembunyikan pada masa perang dunia kedua.

Namun menurut wikipedia, kuburan kereta ini bermula ketika tentera Amerika yang ditempatkan di kawasan itu meninggalkannya. Setelah perang dunia kedua berakhir mereka menyembunyikan kereta itu di hutan, disebabkan kos biaya penghantaran yang tinggi untuk ke luar negara.

Rancangan untuk mengambil kenderaan ini pada suatu tempoh tidak pernah direalisasikan. Kereta-kereta ini semakin usang apabila berpuluh tahun telah berlalu ditinggalkan dalam hutan. Namun beberapa penduduk tempatan menyangkal dakwaan kereta-kereta itu milik tentera Amerika. 

Kubur kereta paling besar di dunia

Ratusan kereta usang di Chatillon, Wallonia,

Mereka menyatakan bahawa Chatillon adalah lokasi pembungan kereta yang tidak digunakan lagi. Lokasi tersebut mula digunakan sebagai tempat pembuangan kereta apabila perang dunia kedua berakhir. Keadaan berbeza dengan lokasi pembuangan kereta lain, Chatillon menjadi begitu seram sebab banyak pokok tumbuh sekaligus menjadikan tempat itu hutan yang tebal.

Ramai pengunjung yang datang mengambil bahagian-bahagian kereta untuk dijadikan cenderahati, dan tidak kurang juga mencari alat ganti. Akhirnya kereta ini kebanyakannya hanya tinggal rangka dan secara beransur-ansur menjadi sebahagian dari hutan. Sayangnya rangka kereta di Chatillon yang telah ada sejak puluhan tahun lalu akhirnya dibersihkan oleh kerajaan Belgium.

Kini yang tinggal hanyalah gambar-gambar yang masih dapat dilihat di internet. Bagai pencinta alam semulajadi gambar-gambar kereta usang dalam hutan ini bagaikan satu seni yang indah dan unik. Keunikan ini mungkin kita tidak akan temui di mana-mana.

Ratusan kereta usang di Chatillon, Wallonia,

Ratusan kereta usang di Chatillon, Wallonia,

Ratusan kereta usang di Chatillon, Wallonia,

Jumaat, 17 November 2017

Cari Harta Karun Jumpa Benda Lain Terkubur Di Tengah Hutan

Cari Harta Karun Jumpa Benda Lain Terkubur Di Tengah Hutan


Benarkah kerja mencari harta karun ini merupakan pekerjaan yang romantis dan indah. Filem yang dibintangi Nicholas Cage dan Harrison Ford menjadikan aktiviti ini kelihatan seperti pekerjaan impian yang selalu anda kenali. Pada hakikatnya memburu harta karun tidak seperti yang ditunjukkan dalam filem.

Ianya kotor, memenatkan dan memerlukan kerja keras namun jarang menghasilkan pulangan yang lumayan. Tetapi adakalanya ianya sangat berbaloi seperti penemuan motosikal ini dari era perang dunia ke-2. Tinggalan sejarah berusia lebih 80 tahun itu berkarat dan hodoh dari pandangan mata namun ia sangat bernilai bagi pengumpul barang antik.

Motosikal itu ditemui terkubur di sebuah daerah di Rusia. Motosikal yang dijumpai itu mungkin model asal DKW Luxus 300, mungkin juga model motosikal Red October L-300 buatan Rusia, kerana kedua-dua reka bentuk motosikal ini serupa.

Motosikal yang digali ini sangat usang dan rosak menyebabkan sukar untuk kenal pasti modelnya. Pengilang Rusia dilesenkan oleh DKW turut mengeluarkan motosikal dengan reka bentuk sama yang diberi nama Red October L-300.

Semasa peperangan lebih 80 tahun lalu Rusia mula mengeluarkan versi motosikal mereka sendiri. Akhirnya Red October 300 berjaya dihasilkan dengan meletak lambang 'L'. Lambang 'L' merujuk kepada Leningrad, Sankt Petersburg, nama bandar tempat ia dihasilkan.



Penemun ini merangkumi sejarah kisah perjalanan motosikal itu yang turut dikaitkan orang-orang pernah menunggangnya. Sejarah adalah nyata dan tidak boleh dinafikan, samalah juga penemuan ini. Walaupun lebih daripada 80 tahun terkubur di dalam hutan namun akhirnya dijumpai.

Sekali gus merupakan satu penemuan sejarah yang amat berharga. Apabila kita melihat kisah sejarah yang di filemkan, beberapa perkara kita perlu pertimbangkan tentang kebenaran sejarah. Kebanyakan cerita dalam filem sedikit diubah supaya jalan cerita lebih menarik.

Berbeza dengan nilai sejarah seperti ini, kita melihat secara nyata. Walau apa sahaja yang berlaku dan bagaimanapun ia telah hilang, adalah bukti masa lalu dan kini akan dirumuskan oleh generasi akan datang yang bertuah untuk melihatnya secara langsung.



Model October L-300.