Khamis, 28 Januari 2021

Misteri batu purba menyerupai 3 ekor 'Ikan Paus Raksasa' sedang berenang di tengah hutan di Thailand


Setiap lokasi punyai cerita dan latar belakang sendiri. Tak salah untuk kita menambah sedikit ilmu tentang budaya dan kehidupan masyarakat dari negara luar. Orang cakap jauh berjalan luas pandangan. Tapi, pernahkah anda terfikir untuk singgah ke tempat-tempat misteri dan unik di dunia?


Jika anda berkesempatan berkunjung ke Thailand, tempat ini mungkin yang anda cari. Terdapat satu pemandangan unik seakan 3 ekor ikan paus sedang berenang di tengah hutan yang terletak di atas Gunung Hin Sam Wan, area Phu Sing, Buengkan Thailand.


Ia bukan ikan paus sebenar tapi merupakan formasi batuan purba berusia 75 juta tahun. Memiliki tebing batu yang tinggi puluhan meter dan curam, jika kita berdiri diatas batu itu, kita dapat melihat sebahagian pantai Mekong, gunung Pakkading di Laos dan Hutan Phu Wua.


Kerana keunikannya, tiga formasi batuan purba yang menyerupai dengan ikan paus ini digelar 'Three Whale Rock'. Sehingga kini, batu gergasi ini dilindungi oleh kerajaan Thailand dan menjadi khazanah kepada negara mereka.


Ia tak seperti batuan purba yang lain yang biasa ditemui dikawasan terpencil dan tersorok, batuan purba ini boleh didaki dan pelancong juga dapat berdiri tepat di atasnya. Untuk mengunjunginya, pelancong akan melalui jalan setapak yang luas sambil terus mendaki ke batuan raksasa tersebut.


Pelancong juga boleh memilih sembilan laluan berbeza untuk melakukan pendakian. Sepanjang jalan, anda boleh melihat air terjun, pelbagai tumbuhan, haiwan dan burung-burung berkicauan riang. Bau alam sangat harum, udaranya segar, irama alam sangat asyik melengkapi kesempurnaan tempat ini.


Pada yang penggemar aktiviti luar seperti meredah hutan, sungai, mendaki gunung dan hiking, mendaki batuan purba ini pastinya merupakan satu pengalaman yang menkjubkan. Anda dapat merasakan ia seakan pengembaraan terbaik seumur hidup.







EmoticonEmoticon